December 31, 2008

Sms yang begitu istimewa.

Saya dapat satu Sms yang begitu istimewa dari seorang teman:
" The year has almost gone but made us strong.The path was long, but we walked with a song.There were fears n tears , but we also had a reasons for cheers.Wishing u Happy Sweet Memories of 2008 & have a great beginning for next year HAPPY NEW YEAR 2009"- Thanks ja...

Ya Allah Selamatkan Palestin.

Saya tidak mahu menulis mengenai kejadian serangan keatas bumi Palestin kerana saya sejak pembukaan APA YANG TERLINTAS telah meletakkan bendera Palestin sebagai tanda sokongan, penghormatan, harapan dan Keyakinan saya bahawa bumi palestin milik orang palestin bukan milik zionis.Segala apa yang diraungkan,dijeritkan ,dilalakkan dan diteriakkan kepada dunia hasilnya sepi dan sunyi.Saya memohon agar Allah S.W.T memberi kekuatan kepada rakyat palestin, saya berdoa agar mereka yang lemah, kanak-kanak,bayi,warga tua,wanita dan seluruhnya agar dilindungi Oleh yang Allah maha Esa, Saya menyeru pelawat dan mereka yang lalulalang di blog ini sama-sama kita mendoakan agar saudara islam kita diberi kekuatan dan dilindungi oleh Allah S.W.T. ALLAH SELAMATKAN PALESTIN.........

December 22, 2008

ppsmi: Gapena Tunjuk Amaran.

Akhbar utusan Malaysia melaporkan bahawa Gabungan Persatuan Penulis Nasional(Gapena) tidak menolak kemungkinan akan mengambil tindakan undang-undang pada kerajaan berkaitan isu ppsmi.Isu PPSMI ini telah menjadi satu perkara yang berlarutan dan rakyat khususnya para pejuang bahasa melayu menanti-nanti satu keputusan yang mengembirakan dari pihak kerajaan.Saya berpandangan bahawa Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik perlu diajar semula dalam bahasa Melayu seperti dahulu.selain, memperkasakan bahasa Melayu itu sendiri ia juga bertujuan akan mengekalkan bahasa melayu sebagai satu bahasa perpaduan.Besarlah harapan agar kerajaan mendengar suara-suara terutamnya suara Gapena ini yang nampak gayanya benar-benar mahukan satu keputusan yang berpihak kepada bahasa melayu itu sendiri,InsyaAllah.

December 20, 2008

Penentangan Orang Melayu terhadap Malayan Union

Sahabat saya Nazir Dalimi ada menulis sesuatu yang berinfomasi tentang sejarah penting bangsa Melayu, Saya ambil sebiji apa yang ditulis dalam blog beliau untuk dapat kita kongsi bersama hasil penulisan beliau.

Penentangan Orang Melayu Terhadap Malayan Union

Bom atom yang digugurkan di Hiroshima pada 6 Ogos 1945 dan di Nagasaki pada 9 Ogos 1945, merupakan bibit-bibit akhir kekalahan pihak Jepun di tangan pihak Berikat yang di ketuai oleh Amerika Syarikat. Atas perintah Maharaja Hirohito, enam hari selepas kejadian tersebut, maka Jepun pun menyerah kalah. Semua askar-askarnya, diarahkan supaya berundur. Pada tanggal 12 September 1945 pihak Jepun telah menyerah kalah secara rasminya di Tanah Melayu dengan menandatangani perjanjian antara Itagaki dan Lord Louis Mountbatten, di Bangunan Perbandaran Singapura.

Rentetan peristiwa yang berlaku, penduduk tempatan mula memikirkan semula samada mereka perlu terus bergantung kepada kuasa-kuasa Barat untuk berlindung daripada sebarang ancaman luar, kerana telah terbukti pihak British telah gagal dalam mempertahankan Tanah Melayu serta melindungi rakyatnya semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu.

Sekembalinya British ke Tanah Melayu, selepas perang tamat, mereka telah menubuhkan satu pemerintahan peralihan bercorak ketenteraan, yang dikenali sebagai Pentadbiran Tentera British atau British Military Administration (BMA) pada bulan September 1945, dengan tujuan untuk memulihkan keamanan dan mengembalikan keyakinan rakyat kepada kerajaan yang telah terhakis. Pada ketika itu, pasukan Bintang Tiga, iaitu bekas kumpulan gerila Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA), yang dianggotai kebanyakannya orang Cina, telah cuba untuk menguasai Tanah Melayu dengan melakukan keganasan. Keadaan telah menjadikan beberapa kawasan di Tanah Melayu huru-hara, terutama sekali di Batu Pahat, Johor dan di Sungai Manik, Perak.

Dalam suasana yang tidak menentu ini, maka pihak British telah mengambil kesempatan memulakan rancangannya untuk menjajah Tanah Melayu dengan lebih serius.


Malayan Union

Sistem Kesatuan merupakan sebuah sistem pentadbiran negara. Dalam konteks di Tanah Melayu ini, ianya dikenali sebagai Malayan Union (Kesatuan Tanah Melayu). Sebenarnya, rancangan British untuk membentuk Malayan Union ini adalah sejak pihak Jepun menawan Singapura pada tahun 1942. Pihak British mendapati, antara faktor utama kekalahan Tanah Melayu kepada pihak Jepun adalah disebabkan oleh masalah penyelarasan antara ketiga-tiga sistem pentadbiran, iaitu Negeri-negeri Selat (Pulau Pinang, Melaka, dan Singapura), Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Perak, Selangor, Negeri Sembilan, dan Pahang), dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, dan Johor). Jadi, rancangan Malayan Union adalah untuk menyatukannya di bawah satu pentadbiran sahaja.

Sir Harold MacMichael telah diutuskan oleh kerajaan British ke Tanah Malayu. Beliau tiba pada 11 Oktober 1945 di Pelabuhan Swettenham (Pelabuhan Klang). Tugas utama beliau adalah untuk memujuk dan mendapatkan persetujuan Raja-Raja Melayu supaya menyerahkan negeri mereka kepada Raja Inggeris (Kerajaan British), untuk dijadikan Jajahan Takluk (Koloni) Britain. Beliau juga diberi kuasa untuk menyiasat sama ada Raja-raja Melayu ada bekerjasama dengan tentera Jepun atau sebaliknya. Kesannya, Raja-raja Melayu akan kehilangan kuasa dan berperanan hanya sebagai penasihat. Rancangan Malayan Union ini telah membuatkan orang-orang melayu khususnya berasa tidak senang, kecewa, dan marah kepada pihak British, yang selama ini disangkakan kawan, dan jalinan hubungan bersemangatkan kepercayaan, tetapi menjadi ‘duri dalam daging.’

Dalam masa tiga bulan sahaja, iaitu dari 20 Oktober hingga 21 Disember 1945, MacMichael telah berjaya mendapatkan tanda tangan sebagai tanda persetujuan daripada Raja-raja Melayu, terhadap perjanjian Malayan Union. Bermula dengan Sultan Ibrahim (Johor) dan diakhiri dengan Sultan Ismail (Terengganu), sembilan buah negeri kesemuanya. Beliau telah menggunakan kuasa yang diberikan kepadanya dengan mengugut Raja-raja Melayu, dengan memberi amaran jika baginda enggan menerima cadangan Malayan Union, baginda akan disingkirkan atas bersubahat dengan tentera Jepun.

Sir Harold MacMicheal telah pulang ke England pada 6 Januari 1946, membawa bersamanya ‘Kertas-kertas Penyerahan Kuasa’ yang ditanda tangani oleh sembilan Raja Melayu bagi setiap negeri. Pada 22 Januari 1946, Kerajaan British telah membentangkan satu ‘Kertas Putih’ di Dewan Parlimennya, mengumumkan rancangan penubuhan Malayan Union (Negara Malaya Bersatu) yang akan menggantikan pemerintahan beraja di Negeri-negeri Melayu, yang akan berkuat kuasa pada 1 April 1946 (Ja’afar Onn 2007).


Ciri-ciri Perlembagaan Malayan Union

Ciri terpenting dalam Perlembagaan Malayan Union ialah perubahan taraf negeri-negeri Melayu daripada sebuah negeri yang bernaung kepada tanah jajahan. Bermaksud, semua negeri di Tanah Melayu (Singapura dikecualikan, dan kekal sebagai tanah jajahan British secara berasingan) digabungkan di bawah satu kerajaan pusat sahaja. Malayan Union diketuai oleh seorang Gabenor yang dibantu oleh sebuah Majlis Mesyuarat Undangan (MMU) dan Majlis Kerja (MK). Pesuruhjaya Residen menjadi ketua pentadbir tertinggi di negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat. Beliau juga menjadi pengerusi Majlis Mesyuarat Negeri (MMN) yang terletak di bawah kawalan kerajaan pusat. MMN dikekalkan untuk menguruskan hal-ehwal tempatan dan dikawal oleh kerajaan pusat. Majlis ini dianggotai oleh para pegawai British. MMU pula mempunyai bilangan ahli rasmi dan ahli tidak rasmi yang sama banyak. Gabenor berkuasa melulus atau membatalkan sesuatu undang-undang. Semua undang-undang yang dikuat kuasakan tidak memerlukan tandatangan sultan (Ruslan Zainuddin et al. 2005).

Tanah Melayu mungkin akan diberi kemerdekaan, dan Malayan Union dianggap langkah pertama ke arah itu. Namun kemerdekaan tidak akan diberikan selagi kaum-kaum yang ada di Tanah Melayu tidak bersatu (Mohd. Isa Othman 2007). Jadi, hak kewarganegaraan yang sama diberikan kepada semua orang, tanpa mengira kaum dan asal keturunan, ianya termaktub dalam Perlembagaan Malayan Union. Semua kaum diberikan hak yang sama untuk memasuki perkhidmatan awam dan mengundi dalam pilihan raya. Jus soli merupakan satu prinsip yang diguna pakai untuk kaum bukan Melayu bagi mendapatkan hak kewarganegaraan, iaitu melalui kuat kuasa undang-undang dan permohonan.

Pastinya, orang-orang Melayu memberikan reaksi dan bantahan yang hebat terhadap rancangan Malayan Union itu. Beberapa siri perarakan dan tunjuk perasaan berlangsung di hampir seluruh negeri semenanjung sebagai tanda protes. Akhbar-akhbar Melayu seperti Majlis, Utusan Melayu dan Warta Negara juga menjadi saluran utama dalam menyampaikan mesej bantahan orang-orang Melayu. Selain itu, ada di antara Sultan yang menghantar petisyen bantahan kepada kerajaan British, yang mana baginda mempertikaikan cara MacMichael berunding dan mengugut, dan menganggap perjanjian yang telah ditandatangani baginda, adalah tidak sah. Seruan supaya umat Melayu bersatu padu semakin kuat kedengaran di seluruh Semenanjung.

Ruslan Zainuddin et al. (2005) menyatakan enam (6) sebab-sebab penentangan orang Melayu terhadap rancangan Malayan Union. Pertamanya, Perlembagaan Malayan Union digubal tanpa mengambil kira pandangan orang Melayu terlebih dahulu. Raja-raja Melayu diberi masa yang singkat untuk meneliti kandungan perjanjian Malayan Union. Baginda tidak berpeluang untuk berbincang dengan para pembesar atau Majlis Mesyuarat Negeri masing-masing.

Keduanya, Persetujuan Raja-raja Melayu kepada Malayan Union dianggap tidak sah kerana tidak mematuhi perlembagaan negeri-negeri Melayu yang memerlukan raja berunding dengan para pembesar terlebih dahulu sebelum menanda tangani sebarang perjanjian dengan kuasa asing. Perkara ini ada disebut dalam Perlembagaan Negeri Johor.

Ketiganya, Sir Harold MacMichael menggunakan ugutan untuk menyingkirkan mana-mana raja yang tidak bersetuju dengan rancangan Malayan Union. Beliau juga bersikap biadap, tidak mengetahui adat resam dan memahami bahasa Melayu serta tiada pengalaman langsung tentang Tanah Melayu.

Keempatnya, Malayan Union menghapuskan kedaulatan dan kuasa politik Raja-raja Melayu. Kini, kuasa baginda hanya terbatas kepada hal-ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja. Kehilangan kedaulatan dan kuasa politik bermakna raja-raja tidak lagi dapat melindungi hak dan kepentingan orang melayu.

Kelimanya, Perlembagaan Malayan Union menawarkan syarat-syarat kerakyatan yang longgar kepada kaum bukan Melayu. Penerimaan kaum bukan Melayu menjadi warga negara dilihat boleh mengancam kedudukan politik orang Melayu, terutama apabila kesetiaan kaum bukan Melayu kepada Tanah Melayu masih lagi diragui.

Keenamnya, Persamaan hak kepada semua rakyat di Tanah Melayu tanpa mengira kaum dianggap mengancam hak dan kedudukan istimewa orang Melayu. Sebagai penduduk peri bumi di Tanah Melayu, orang Melayu merasakan bahawa mereka perlu menikmati hak dan kedudukan yang istimewa berbanding dengan kaum lain.

Antara tokoh-tokoh penting yang menjadi tonggak utama sebagai pemimpin dalam menentang usaha Malayan Union ini adalah diwakili (Johor) Dato’ Onn Jaafar, Dato’ Abd. Rahman Mohd Yassin, Haji Hassan Yunus, Dr. Awang Hassan, dan Dr. Hamzah Hj. Taib. Sementara Selangor diwakili oleh Encik Zainal Abidin bin Ahmad (Za’aba) dan Dato’ Hamzah Abdullah. Kelantan pula diwakili oleh Dato’ Nik Ahmad Kamil. Manakala Kedah diwakili oleh Haji Mohamad Sheriff.

Namun lain pula reaksi orang bukan Melayu, terutamanya orang Cina. Mereka bersikap ‘tunggu dan lihat’ kerana pihak British telah berjanji untuk memberi hak kerakyatan yang sama kepada semua kaum secara jus soli.

Apabila sahaja pihak British menangguhkan perihal kewarganegaraan atas desakan orang Melayu, orang Cina mula melahirkan rasa curiga dan telah melancarkan bantahan melaui akhbar-akhbar Cina dan menganjurkan penubuhan Malayan Democratic Union (MDU), sebuah pertubuhan politik berhaluan kiri. Bantahan orang Cina ini dipusatkan melalui sebuah badan, iaitu All-Malayan Council of Joint Action (AMCJA) yang ditubuhkan pada bulan Disember 1946, yang mempunyai keahlian seramai kira-kira 400 000 orang dan diketuai oleh Tan Cheng Lock (Ruslan Zainuddin et al. 2005).

Bagi kaum India pada ketika itu, mereka masih memberi tumpuan kepada keadaan politik di India dan Parti Kongres India.



Kongres Melayu Se-Malaya dan Penubuhan UMNO

Maka, buat julung kalinya, pada 1 Mac 1946, Kongres Melayu Se-Malaya telah dapat dianjurkan di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur. Ja’afar Onn (2007) menjelaskan, hampir 300 orang wakil dan pemerhati rasmi dari 41 pertubuhan, persatuan, pergerakan, dan kesatuan Melayu di Semenanjung dan Singapura telah bersidang. Kongres Melayu pertama itu telah dirasmikan oleh DYMM Tuanku Sultan Hishamudin Alam Shah, Raja Selangor, sebagai tanda perpaduan Raja dengan Rakyat.

Hasil daripada persidangan kongres selama empat hari tersebut, Dato’ Onn Ja’afar telah dilantik sebagai Pengerusi Kongres. Beliau juga telah mencadangkan supaya membentuk sebuah ‘Pertubuhan Kebangsaan’ yang bertujuan untuk menjadi pertubuhan induk mewakili keseluruhan umat Melayu. Seorang perwakilan - Dato’ Hamzah Abdullah telah mencadangkan nama “Pertubuhan Melayu Bersatu”. Cadangan tersebut disokong oleh Tuan Mohd Arus Lafaz dan meminta ditambah perkataan “Kebangsaan”. Maka dengan itu, Kongres bersetuju dengan nama “Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu” (PEKEMBAR) atau sinonim dengan panggilan UMNO (Mohd. Isa Othman 2007).

Menurut Ruslan Zainuddin et al. (2005), Kongress Melayu Se-Malaya kedua telah diadakan di Johor pada 11 Mei 1946, meluluskan pembentukan UMNO yang diberi tugas untuk menyatukan orang Melayu bagi menentang Malayan Union. Sekali lagi, Dato’ Onn telah diberi mandat dan kepercayaan, beliau telah dipilih menjadi Yang Dipertua UMNO yang pertama.



Persekutuan Tanah Melayu

“Sekiranya Tuanku sekalian turut menghadiri upacara perlantikan Gabenor Malayan Union itu, rakyat Tuanku sekalian tidak akan mengaku Tuanku sebagai Raja lagi. Rakyat Melayu menganggap bahawa menghadiri majlis istiadat perlantikan Gabenor Malayan Union ialah seolah mengusung jenazah Umat Melayu.” (Ja’afar Onn 2007).

Petikan kata-kata di atas adalah kata-kata daripada Dato’ Onn kepada Baginda Raja-raja Melayu pada malam 31 Mac 1946, supaya tidak berangkat ke upacara perlantikan Sir Edward Gent, sebagai Gabenor Malayan Union yang dijadual berlangsung pada pagi 1 April 1946.

Akibat daripada tentangan hebat orang Melayu keseluruhannya, maka gagasan Malayan Union hanya mampu bertahan selama tiga bulan sahaja. Maka dengan itu, British bersetuju mengetepikan dasar Imperialismenya dengan memansuhkan Malayan Union, dan wujudlah satu rancangan baru iaitu Persekutuan Tanah Melayu.

Kerajaan British telah bersetuju untuk meminda kedudukan (status) Negeri-negeri Melayu daripada taraf ‘Tanah Jajahan Takluk’ kepada Wilayah di bawah ‘Naungan’ Kerajaan British. Perlembagaan Tanah Melayu akan mempunyai sifat persekutuan dengan perundangan dan pentadbiran pusat yang kuat untuk bertanggung jawab dalam urusan umum. Kuasa Negeri-negeri Melayu akan dipulihkan kepada Raja masing-masing dan ianya akan dinyatakan dengan jelas di dalam Perlembagaan Persekutuan. Malayan Union akan dihapuskan dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu. Sementara Jawatan Gabenor Malayan Union akan diganti dengan Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu. Bahasa Melayu akan menjadi bahasa rasmi Persekutuan Tanah Melayu. Agama Islam akan menjadi agama Utama Persekutuan Tanah Melayu dan hak-hak keistimewaan orang Melayu akan dipulihkan seperti sedia kala (Ja’afar Onn 2007).

Pada bulan Julai 1946, kerajaan British telah membentuk satu Jawatan Kuasa Kerja bertujuan untuk menggubal perlembagaan baru dan merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan Perjanjian Negeri-negeri. Jawatan Kuasa tersebut dianggotai oleh empat orang wakil Raja-raja Melayu, dua wakil UMNO dan enam orang pegawai kanan British.

Dalam pada itu, rancangan Persekutuan Tanah Melayu ini juga telah mengundang bantahan dengan melancarkan hartal (hurt all) oleh kaum Cina (terutamanya), yang dipimpin Tan Cheng Lock. Namun ianya gagal.


Perjanjian Persekutuan

Menurut Mohd. Isa Othman (2007), Perjanjian Persekutuan telah ditanda tangani oleh Sultan-sultan dengan British pada 21 Januari 1948 dan diisytiharkan dengan rasmi pada 1 Februari 1948. Ciri-ciri penting Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, 1948 adalah seperti berikut:

(a)Persekutuan mengandungi sembilan (9) buah negeri Melayu, Melaka dan Pulau Pinang. Singapura terus menjadi koloni British.

(b)Seorang Pesuruhjaya Tinggi British dilantik untuk mengetuai kerajaan dan menjadi pengerusi kepada Majlis Undangan Persekutuan dan Majlis Mesyuarat Kerja.

(c)Majlis Undangan Persekutuan dianggotai oleh tiga orang ahli ex-officio, sembilan orang Menteri Besar dan dua orang wakil Majlis Tempatan (Pulau Pinang dan Melaka), sebelas orang ahli rasmi dan lima puluh orang ahli tidak rasmi yang dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi.

(d)Sebuah Majlis Raja-raja Melayu dibentuk dan setiap kali persidangan akan dipengerusikan oleh salah seorang daripada Sultan yang dipilih oleh persidangan.

(e)Majlis Negeri ditubuhkan di tiap-tiap negeri bagi membuat undang-undang negeri. Pegawai eksekutif penting di peringkat negeri ialah Menteri Besar.

(f)Kedudukan istimewa orang Melayu terus dipelihara disamping kepentingan sah kaum-kaum lain juga dijaga.

(g)Dari segi kerakyatan, prinsip jus soli telah digugurkan dan diperkenalkan kewarganegaraan bersama. Dengan ini penduduk bukan bumiputera boleh menjadi rakyat Tanah Melayu mengikut undang-undang.

(h)Dalam hal pertahanan dan hal-ehwal luar akan dipegang oleh kerajaan British.


Perjanjian Persekutuan yang telah dimeterai di antara Baginda Raja-raja Melayu dengan British, maka bermulalah satu evolusi politik Tanah Melayu untuk melangkah ke arah pemerintahan sendiri, iaitu Kemerdekaan. Beberapa siri Pilihan Raya telah berjaya diadakan bagi memenuhi hasrat tersebut, bermula di Pulau Pinang pada Disember 1951, Kuala Lumpur pada Februari 1952, dan seterusnya Pilihan Raya Umum yang pertama iaitu pada 27 Julai 1955. Walaupun pada hakikatnya, orang-orang Melayu terpaksa membuat pengorbanan besar dengan bersetuju memberi kerakyatan kepada kaum imigran, namun, selagi mana kuasa dan kedaulatan Raja-raja Melayu serta kedudukan orang Melayu, selain bahasa dan agamanya dapat dipelihara dan diakui oleh semua pihak, ianya amat memadai bagi mereka yang bergelar Melayu.


"Buat tatapan keluarga besar Melayu seluruhnya. Sebuah cebisan nukilan tulisan, supaya kita tetap bersatu dan berdiri teguh, tanpa dibezakan dengan fahaman politik." Nazir Dalimi, 2008.


Nota:
Sebarang kesilapan fakta yang boleh menyebabkan kekeliruan atau perbalahan, saya memohon maaf dan mengalu-alukan sebarang komen yang membina untuk menambah baik penulisan saya ini. Terima kasih.


RUJUKAN

1. Ja’afar Onn. 2007. UMNO dan Malayan Union. Petaling Jaya: MPH Group Publishing.

2. Ruslan Zainuddin, Mohd. Mahadee Ismail & Zaini Othman. 2005. Kenegaraan Malaysia. Shah Alam: Oxford Fajar.

3. Mohd. Isa Othman. 2007. Sejarah Malaysia (1800-1963). Cetak Ulang. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors.

4. Ismail Salleh. 2002. Penentangan Orang Melayu Keday Terhadap Malayan Union. Kedah: Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah di http://www.mykedah2.com/10heritage/109_2.

selama 12 hari......

Selama 12 hari tidak menulis dalam APA YANG TERLINTAS selepas agak terkilan dengan persembahan skuad bolasepak negara yang tumpas di Phuket tempoh hari.Bagi saya, apa juga alasan yang diberikan dan harapan yang cuba dinyatakan oleh semua pihak berhubung dengan prestasi skuad bola sepak negara, saya tetap akan menyokong skuad bola sepak negara saya MALAYSIA tetapi harapan di benak lubuk hati sentiasa mengharapkan satu perubahan secara total dapat dilakukkan kerana ia melibatkian imej skuad negara dalam dunia sukan itu sendiri.Kita tinggalkan sementara kisah bolasepak itu kerana saya amat tertarik sekali dengan berita dididalam akbar utusan malaysia bertarikh 19/ 12/2008 berkaitan dengan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai penulisan didalam blog.Menurut Tun, Pengendali laman blog haruslah menulis sesuatu komen yang wajar dan tidak menjadikan blog sebagi medium untuk menjatuhkan orang lain mahupun memburukkan individu tersebut.Dalam pada itu, Tun juga menyeru golongan muda untuk menulis dalam blog kerana katanya ia mampu menajamkan kemahiran menulis.Kita semua tahu bahawa Tun merupakan seorang penulis yang amat kritikal dengan sering menggunakkan nama pena "CHE DET" dalam penulisannya.
Disini berita tersebut disiarkan.

December 08, 2008

Kacau Betoi....

Dari pukul 5.50 ptg tadi saya dan rakan tidak sabar untuk menuggu perlawanan Bolasepak yang melibatkan pasukan negara kita menentang Vietnam di Phuket, Thailand dalam kejohan piala aff suzuki dahulunya dikenali dengan nama piala tiger, Sambil kami bertemankan rendang,lemang dan 2 keping ketupat buatan ibu tersayang dilayani sambil menghirup secangkir kopi "o" dalm renyai hujan diluar amat mengujakan kami untuk menonton.Dalam beberapa minit selepas sepak mula vietnam telah mendapat gol pertama mereka diikuti oleh pasukan negara kita yang memakai jersi nike ala-ala skuad itali tahun 2000(euro 2000), kebiasaanya harimau malaya mengenakan adidas mungkin penaja baru kot.tepat pukul 7 .45 minit malam vietnam mengesahkan kemenangan mereka melalui gol ke tiga hasil jaringan tidak sengaja akibat kealpaan penjaga gol negara yang boleh dikatakan "out of position",Bayangkanlah betapa saya dan rakan kechewa(sengaja gunakan ayat lama melambangkan kechiwa yg teramat)akibat dari insiden begitu.KEPUTUSAN MALAYSIA 2 VIETNAM 3.Sukan yang saya mula-mula main ketika kanak-kanak ialah bolasepak hinggakan pernah terjadi pada berada diwaktu sekolah hari selasa wajib datang sekolah(bukan kaki ponteng terkadang aje)kerana pendidikan jasmani(PJ) cikgu sukan mesti bagi kita main bola kerana diapun kakibola, begitulah sukan ini amat popular pada kita dan semangat menyokong pasukan kebangsaan tetap tinggi namun kalaulah prestasi kita sering dalam berkadaran begini.......letih siut....

Selamat Hari Raya Aidiladha

Semalam banyaklah saya menerima sms dari rakan-rakan untuk mengucapakan ucapan salam menyambut Hari Raya Aidiladha pada hari ini bersamaan dengan 8hb Disember 2008 hari isnin.Apabila menyambut kedatangan aidiladha ini pastinya kisah Nabi Ibrahim A.s dan anaknya Nabi ismail A.S mengingatkan kita betapa besar pengorbanan seorang yang berpegang teguh pada ajaran dan perintah Allah SWT.Antara bait sms yang mencuri tumpuan saya ialah " Semoga pengorbanan nabi ismail,kesungguhan siti hajar,pengabdian nabi ibrahim menjadi iktibar untuk kita meneruskan perjuangan dalam kita memartabatkan agama, bangsa dan tanahair.SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA.

December 07, 2008

Kejadian Tanah Runtuh.

Hari ini boleh dikatakan hampir semua akhbar yang berada ditanahair kita melaporkan tentang kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa seminggu selepas kejadian tanah runtuh di Hulu Yam Perdana.Kedua-dua kejadian ini telah mengorbankan nyawa.Akhbar Utusan Malaysia Malaysia melaporkan bahawa Y.A.B Perdana Menteri telah melawat tempat kejadian di bukit Antarabangsa dan meminta mana-mana projek yang berlokasi sebegini di timbangkan terlebih dahulu atau dihentikan.Sebagai catatan kejadian ini berlaku kira-kira 1.5 kilometer dari kawasan Highlands Towers yang menjadi perhatian rakyat Malaysia 15 tahun yang lampau dimana 48 orang telah terkorban dalam kejadian yang disifatkan amat tragik bagi negara pada ketika itu.Turut melawat tempat kejadian ialah Sultan Selangor, Sultan Sharafudin Idris Shah diiringi oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.Dalam Pada itu, Timbalan Perdana Menteri yang turun melawat mangsa kejadian tanah runtuh ini, menyatakan bahawa aliran air dibawah tanah merupakan punca kepada kejadian ini sepertimana kejadian Highlands Towers dulu.Sesungguhnya kejadian-kejadian sebegini memerlukan satu kesungguhan didalam perlaksanaannya kerana mengikut rekod telah banyak kali kejadian yang serupa berulang,Satu langkah yang berterusan perlu diwujudkan bagi memantau aktviti pergerakan dalam tanah dikawasan ini kalau kita membaca laporan-lapaoran dan pakar berkenaan perkara ini.Pihak keselamatan haruslah dipuji kerana kecekapan dan ketekunan mereka dalam menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang tertimbus begitu juga dengan kakitangan perubatan terutama hospital selayang dan Hospital Kuala Lumpur.Apa yang perlu di risaukan ialah hujan yang berterusan pada waktu ini seharusnyalah diambl kira terutama oleh penduduk-penduduk sekitar kawasan kejadian atau mengambl kira kata pepatah melayu "Sediakan Payung Sebelum Hujan".APA YANG TERLINTAS melahirkan salam simpati dan takziah kepada semua mangsa yang terlibat, semoga Allah S.W.T mencucuri rahmat ke atas Roh Allahyarham Saful Khas, Amin.

December 02, 2008

Harga Minyak Minyak Turun Lagi.

KALI KE-6 KERAJAAN TURUNKAN HARGA MINYAK
Berkuatkuasa esok(3/12/2008) insyaAllah harga minyak akan turun lagi.Ini menujjukan bahawa harga minyak sebenarnya mengikut harga pasaran dunia dan kerajaan dalam perancagan untuk mengadakan satu ketetapan harga berkaitan harga minyak ini.Mengikut laporan dari utusan online harga baru minyak ialah Rm 1.80 sen seliter bagi petrol dan diesel.Berkaitan dengan rungutan orang ramai berhubung harga barang keperluan harian Menteri yang berkenaan ada mengulas mengenai perkara tersebut didalam mstar online, antara lain beliau menyebut "Mengenai rungutan pengguna berkaitan kedegilan peniaga menurunkan harga barang-barang walaupun harga minyak turun, beliau berkata pada masa sekarang peniaga khasnya yang menjual barang yang dikilangkan tidak dapat berbuat demikian.
"Mereka tidak dapat menurunkan harga barang yang dikilangkan pada masa sekarang kerana harga barangan terbabit adalah berasaskan harga tempahan sebelum pengumuman penurunan harga minyak," katanya.
Para peniaga, bagaimanapun memberi jaminan bahawa barang-barang yang dikilangkan akan lebih murah pada suku pertama tahun depan.
Katanya harga makanan di kedai-kedai makan masih mahal kerana harga ditentukan oleh permintaan yang tinggi.
"Pengguna masih lagi membeli makanan di kedai-kedai makan walaupun peniaga mengenakan harga yang tinggi," katanya.BERNAMA.

December 01, 2008

wujudkan satu sistem pendidikan satu aliran,Kata Dato Mukhriz

berita dipetik dari :mstar online.
Mukhriz: Wujudkan sistem pendidikan satu aliran pupuk integrasi kaum
Oleh ZANARIAH ABD. MUTALIB


KUALA LUMPUR: Calon Ketua Pemuda Umno, Datuk Mukhriz Mahathir mencadangkan supaya diwujudkan satu sistem pendidikan yang menggabungkan semua sekolah bagi mengelakkan polarisasi kaum di negara ini.
"Satu cara terbaik untuk menyatukanpadukan rakyat adalah di peringkat sekolah.
"Mungkin boleh dipertimbangkan satu sistem pendidikan di mana semua sekolah diserapkan di bawah satu sistem iaitu sistem pendidikan Malaysia yang menggunakan bahasa Malaysia sebagai perantaraan kecuali bagi subjek Sains dan Matematik.
"Inilah cara terbaik merealisasikan aspirasi negara untuk mewujudkan perpaduan yang bermakna antara kaum," katanya di lobi Parlimen di sini, hari ini.
Mukhriz berkata, sistem tersebut adalah berlainan dengan Sekolah Wawasan yang pernah dilaksanakan sebelum ini kerana sistem pendidikan Malaysia melibatkan konsep penggunaan satu bahasa oleh semua kaum.
"Di bawah sistem ini, bagi pelajar kaum Cina dan India, mereka mungkin diwajibkan mengambil subjek bahasa kaum masing-masing tetapi pelajar Melayu turut diberi pilihan untuk mempelajari kedua-dua bahasa tersebut.
"Kita turut galakkan bahawa anak-anak kita ini menguasai sekurang-kurangnya tiga bahasa. Dengan cara ini, semua pihak dapat meneruskan budaya masing-masing di bawah satu sistem kebangsaan," kata Ahli Parlimen Jerlun ini.
Beliau berkata, sudah sampai masanya, negara mengamalkan sistem pendidikan sedemikian memandangkan Malaysia adalah sebilangan kecil negara di dunia ini yang mempunyai pelbagai sistem pendidikan.
Ditanya sama ada sistem ini akan dipolitikkan termasuk daripada pemimpin Cina dan India yang mungkin menganggap ia sebagai ancaman, Mukhriz berkata, jika ini berlaku, mereka juga perlu berhenti bercakap tentang ketuanan Melayu kerana ia hanya akan menimbulkan reaksi negatif daripada kaum Melayu.
Dalam pada itu, beliau meminta pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) berhenti daripada mempesoalkan tentang ketuanan Melayu kerana ia hanya akan menjejaskan hubungan parti-parti komponen.
Kata beliau, kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh beberapa pemimpin parti komponen berhubung isu yang dibangkitkan oleh Timbalan Presiden MCA, Daruk Seri Dr. Chua Soi Lek itu adalah tidak sihat.
"Sebenarnya, kita harus beri penekanan dan tumpunan untuk memperkukuh BN dan seperti yang saya pernah kata sebelum ini, sebarang kenyataan yang mampu menjejaskan hubungan antara parti komponen perlu dielak walaupun di musim pemilihan parti masing-masing.
"Tapi masih ada kenyataan yang dikeluarkan oleh MCA, terbaru oleh PPP dan sebelum ini, Gerakan yang menyentuh hati orang-orang Melayu khususnya ahli-ahli Umno," katanya.
Mukhriz berkata, polemik seperti isu ini harus dielakkan kerana dibimbangi timbul pula reaksi balas yang mungkin mempertikaikan ketuanan ekonomi oleh kaum-kaum lain selepas ini.
Beliau berkata, istilah ketuanan Melayu tidak perlu diperdebatkan kerana tiada definisi yang jelas tentang istilah itu dan setakat ini, sistem yang diamalkan dalam negara adalah baik yang menguntungkan semua pihak di mana negara mempunyai kestabilan ekonomi, politik dan berdaya saing.
Katanya, istilah ketuanan Melayu tidak membawa maksud kaum Melayu adalah tuan dan bangsa lain sebagai hamba.
"Saya tertarik dengan kenyataan Menteri Besar Pahang sebelum ini yang mengatakan ketuanan Melayu itu adalah mengenai kedaulatan Raja-Raja Melayu dan sebab itulah kita memanggil 'Tuanku' dan ini dipraktikkan oleh semua bangsa, bukan hanya Melayu. Dari situlah istilah ketuanan Melayu muncul," katanya.

Dato Mukhriz Di Astro Awani.

Rancangan ini telah dijalankan pada 8hb november 2008 dalam program transformasi Umno kendalian Astro Awani.Banyak yang diperkatakan oleh Dato Mukhriz berkenaan pencalonan awalnya dan pendekatannya selama beliau menjadi exco pemuda umno malaysia.Dato Mukhriz juga mahu mengembalikan semula idealisme dalam pemuda dan mahu mengembalikan persepsi yang baik dari masyarakat kepada pemuda umno khususnya.Dato Mukhriz juga amat tegas kepada mereka yang terlibat dalam politik wang dan mengharapkan ada "kejutan" dalam usaha memerangi politik wang."Kita perlukan satu political will yang kuat kata Dato Mukhriz".Berani Berubah