January 30, 2009

PERWAKILAN DAN PERANAN AHLI UMNO.

Pengerusi lembaga disiplin UMNO Tan Sri tengku ahmad rithauddin mencadangakan supaya sayap-sayap umno dibubarkan kerana pengaruh politik wang melibatkan juga sayap-sayap tersebut.Jelas dan nyata, Pandangan Ts Ritahudeen ini jangan dilihat dari sudut merosakkan parti tetapi bagi saya adalah satu wake up call (kejutan dari lena)kerana sebagai orang lama dalam parti beliau tentulah sedar dan faham bahaya politik wang dalam parti sehinggakan menular kedalam sayap-sayap tersebut.Soalan saya mengapakah perlunya ada g2 dan g7 atau perwakilan ke peringkat kebangsaan?Mengapakah ahli akar umbi yang membayar yuran setiap tahun dan ada antara mereka yang menjadi ahli seumur hidup tidak dapat berfungsi bagi menentukan siapakah pemimpin yang mereka mahukan?bagi saya ini hak mereka yang setia.Mengenai perwakilan ke peringkat kebangsaan apakah tidak boleh di peringkat bahagian kita gilirkan saja peluang mereka yang mahu ke sana(perhimpunan agung UMNO di Kuala Lumpur) dan duduk sebaris dengan kepimpinan umno khususnya barulah kita dapat memasyaratkan umno dikalangan ahli.sekali lagi, saya ingin menegaskan supaya sistem pemilihan berasaskan kuota ini dihapuskan dan digantikan dengan satu sisitem pemilihan yang berasaskan kepada pemilihan menyeluruh bermula dari sekecil-kecil cawangan dan sekerdil-kerdil ahli umno itu sendiri.Ahli MT UMNO, Dato Azalina Othman juga mengulas isu yang sama

January 28, 2009

berubahlah......

Ya, Umno perlu berubah....berubah secara radikal, perubahan ini perlu bagi menjamin kelangsungan umno itu sendiri.Dari cawangan hingga ke peringkat kebangsaan pimpinan umno perlu diubah dan berubah.APA YANG TERLINTAS nampak kesungguhan untuk berubah tidak menyinar...mengapa????, adakah semua orang menolak UMNO? adakah semua orang mempunyai persepsi yang sama pada UMNO?Ayuh pemimpin UMNO marilah kita cari jalan dan punca, kita buat penyelidikan, kajian dan terus ke akar umbi mencari sebab musabab kenapa parti yang banyak berjasa pada negara kita dalam keaadan begini.Kita ada ramai pemikir,kita ada ramai professional dan kita juga ada nasionalis yang umno lahirkan kini tibalah masanya kita menyumbang buat parti keramat ini.

January 22, 2009

G 2(perwakilan pemuda) ANDA PENENTU.

G2- Adalah perwakilan pemuda Umno yang dipilih sewaktu mesyuarat UMNO peringkat bahagian oleh akar umbi atau ahli pemuda dari setiap cawangan dalam sesuatu bahagian tersebut.G2 akan memilih Ketua Pemuda Umno Malaysia, Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia dan Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda Umno Malaysia.Selain G2, Ketua Pemuda dan Naib Ketua Pemuda secara automatik akan memasuki setiap perhimpunan agung pemuda peringkat kebangsaan dan berpeluang untuk memilih calun setiap kali adanya pemilihan.Dalam situasi pasca piliharaya umum ke 12, prk p.pauh dan prk k.trgn adakah kesemua G2 ini sedar akan nasib umno itu sendiri.Boleh dikatakan setiap hari baik di media massa atau warung teh tatkala isu politik dibualkan parti yang berjasa untuk negara kita dimomok-momokkan jasanya.Kita biasa mendengar pimpinan mahu melakukkan satu perubahan dalam parti namun sehingga ke saat ini sebelum kita mengenang 8hb mac yang akan menjelang tiba 2 bulan lagi langkah kearah itu seaakan-akan seperti bulan ditutup awan, kami ahli pemuda dan seluruh ahli UMNO ternanti-nanti akan satu political will.Peranan G2(perwakilan) amat besar dalam menentukkan radikalnya perubahan yang bakal dilakukan terutamanya pergerakan pemuda, Ayuh ketepikan isu yang remeh dan temeh demi menjamin kekuatan agama, bangsa dan negara kita.

January 21, 2009

Pemuda BN Ke Mana?

Kuala Terengganu medan yang melihat bagaimana Bn hilang satu kerusi di tangan parti pas.Bukanlah ingin mengatakan tentang kekalahan tersebut tetapi terdetik juga di dihati ingin bertanyakan tentang perihal dan fungsi Pemuda BN khususnya Pemuda UMNO sebagai tunjang dalam Barisan Nasional.Sejak kebelakangan ini, suara-suara pemuda umno seakan-akan hilang taringnya entah kenapa, mungkih kerana pemilihan dalam parti atau sedang mencari sesuatu yang bersifat kolektif bagi menjalankan peranan pemuda tersebut.Bukanlah mahu melihat Pemuda Bn menggunakkan pendekatan terlalu radikal dan jauh dari ganas seperti yang biasa kita dengar dari parti-parti lawan cuma kami selaku akar umbi (grassroot) mengharapkan "sinaran matahari menerangi semula rumah pemuda UMNO".Melalui sembang-sembang kosong bersama mereka yang aktif dalam UMNO memang kedapatan ada usaha kempen pemuda yang dibuat telah ditelan dek zaman, apakah political will telah hilang dalam pemuda Umno????????Pemuda perlu bangkit, pemuda perlu lakukkan sesuatu,hormatilah dan dengarilah serta iktiraflah peranan kami diperingkat akar umbi yang sentiasa mendokongi parti ini insyaAllah.Hidup Pemuda UMNO
p/s:Utusan Malaysia punyai cerita yang sama