May 05, 2009

Ragut, Apa sudahnya.......

Buletin Utama TV3 tadi ada menyiarkan tentang berita sedih seorang ibu yang hamil 2 bulan diragut oleh malaun keparat lagi tidak berperikemanusiaan ketika pulang dari pasar malam di sebuah tempat di Ayer Hitam, Johor.3 hari selepas KOMA ibu tersebut meninggal dunia(AL-FATIHAH).Diberitakan ini bukan kejadian pertama melibatkan ibu tersebut tetapi adalah yang kedua selepas diragut bauat kali pertama, dalam lapuran tersebut kakak ibu tersebut merayu terutama pada pihak berkuasa supaya tolonglah hapuskan sikeparat-keparat ni,ini adalah musuh masyarakat nombor 1 terutama kaum wanita.Mendengarkan rintihan kakak tersebut, APA YANG TERLINTAS juga mendesak dan memohon agar pihak berkuasa bersungguh-sungguhlah dan bermati-matianlah dalam membenteras gejala ragut oleh sikeparat-keparat sampah masyarakat ini.

buat kerja atau melayari internet.

Tadi, berpeluang ke jabatan kerajaan di suatu kawasan luar bandar.Tekun, khusyuk dan rajin "menghadap komputer" didepan mata...steadylah abg2 dan kakak2 rajin buat kerja........maka lalulah aku diantara mereka dan tertolehlah oleh ku tentang " ketekunan, kekhusyukkan dan kerajinan" tadi.Ya memang betul rajin, khusyuk dan tekun bukan buat kerja tapi...biasalah adalah "salah guna" yang mereka sendiri kalau kita kata anda telah langgar etika kerja mesti ada aje jawapan yang dia tak salah(maklumlah belajar tinggi tapi jawatan rendah)terasa diri tu "bos"...puuiiiiiiiiiiihhhhhhhhhhhhhh.Terfikir yang sepatutnya lah DS Najib Ingin Memodensinasikan jawatan sektor awam dengan melibatkan dari kalangan swasta ke sektor awam(sokong tapi perlu hati-hati biarlah yang berkualiti dan tak salah guna komputer dan harta kerajaan dan hantam pihak kerajaaan balik(kalau makan cili rasalah pedasnya)tak malu ker).......akhir kata tiada niat mahu cederakan perasaan mana-mana pihak cuma sekadar renungan sempena bulan perkerja....

May 04, 2009

program hiburan terlalu banyak dan memualkan

salam pada semua,
lama tidak menulis, lama tidak berhubung dan lama tidak bermaya bersama semua.Maaf kiranya ada yang menanti tulisan pena yang kudus dan kontang sejak beberapa bulan yang lalu.Biasalah kesibukan dan perkerjaan begitu sinonim dalam kehidupan kita seharian.Perkara yang mahu APA YANG TERLINTAS utarakan pada penulisan "COMEBACK ini"ialah satu perkara yang dilihat perlu ditegur dan diluahkan serta pastinya ada yang bersetuju dengan tajuk posting ini"PROGRAM HIBURAN TERLALU BANYAK DAN MEMUALKAN".Mungkinkah faktor umur yang semakin meningkat atau minat pada hiburan telah merosot mendorong penulisan posting ini...entahlah, tetapi rimas dan kalut melihat program hiburan dikaca tv saban hari.Kalau dahulu kita boleh "feel enjoyed" dengan program hiburan yang ditayangkan di tv sebagai contoh "hiburan minggu ini","Video muzik", nostalgia juara lagu,beberapa rancangan hiburan nyanyian inggeris dan rancangan-rancangan hiburan yang memperlihatkan kemampuan seseorang penyanyi itu mempelbagaikan bakatnya(terutama rancangan hiburan minggu ini), nak dikatakan saya kolot pada rentak baru atau anti establishment tak juga(turut juga meminati jason marz"im yours")percayalah melihat gelagat artis -artis tempatan terutama yang baru nak naik ni terasa mual dan geli..."ada yang terpeluk(adaker).....".macam-macamlah...harapan saya ialah tolonglah artis-artis kita,kita ditahun 2009 dan dalam keaadaan dimana dunia bergelumang dengan masalah ekonomi , kami yang berkerja ini perlukan sedikit hiburan yang boleh menghilangkan penat bagi menjana ekonomi negara dan keluarga.berilah yang bermutu sikit..stesen tv juga boleh memainkan peranan tentang perkara ini, betul tak..