January 22, 2009

G 2(perwakilan pemuda) ANDA PENENTU.

G2- Adalah perwakilan pemuda Umno yang dipilih sewaktu mesyuarat UMNO peringkat bahagian oleh akar umbi atau ahli pemuda dari setiap cawangan dalam sesuatu bahagian tersebut.G2 akan memilih Ketua Pemuda Umno Malaysia, Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia dan Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda Umno Malaysia.Selain G2, Ketua Pemuda dan Naib Ketua Pemuda secara automatik akan memasuki setiap perhimpunan agung pemuda peringkat kebangsaan dan berpeluang untuk memilih calun setiap kali adanya pemilihan.Dalam situasi pasca piliharaya umum ke 12, prk p.pauh dan prk k.trgn adakah kesemua G2 ini sedar akan nasib umno itu sendiri.Boleh dikatakan setiap hari baik di media massa atau warung teh tatkala isu politik dibualkan parti yang berjasa untuk negara kita dimomok-momokkan jasanya.Kita biasa mendengar pimpinan mahu melakukkan satu perubahan dalam parti namun sehingga ke saat ini sebelum kita mengenang 8hb mac yang akan menjelang tiba 2 bulan lagi langkah kearah itu seaakan-akan seperti bulan ditutup awan, kami ahli pemuda dan seluruh ahli UMNO ternanti-nanti akan satu political will.Peranan G2(perwakilan) amat besar dalam menentukkan radikalnya perubahan yang bakal dilakukan terutamanya pergerakan pemuda, Ayuh ketepikan isu yang remeh dan temeh demi menjamin kekuatan agama, bangsa dan negara kita.

No comments: