January 30, 2009

PERWAKILAN DAN PERANAN AHLI UMNO.

Pengerusi lembaga disiplin UMNO Tan Sri tengku ahmad rithauddin mencadangakan supaya sayap-sayap umno dibubarkan kerana pengaruh politik wang melibatkan juga sayap-sayap tersebut.Jelas dan nyata, Pandangan Ts Ritahudeen ini jangan dilihat dari sudut merosakkan parti tetapi bagi saya adalah satu wake up call (kejutan dari lena)kerana sebagai orang lama dalam parti beliau tentulah sedar dan faham bahaya politik wang dalam parti sehinggakan menular kedalam sayap-sayap tersebut.Soalan saya mengapakah perlunya ada g2 dan g7 atau perwakilan ke peringkat kebangsaan?Mengapakah ahli akar umbi yang membayar yuran setiap tahun dan ada antara mereka yang menjadi ahli seumur hidup tidak dapat berfungsi bagi menentukan siapakah pemimpin yang mereka mahukan?bagi saya ini hak mereka yang setia.Mengenai perwakilan ke peringkat kebangsaan apakah tidak boleh di peringkat bahagian kita gilirkan saja peluang mereka yang mahu ke sana(perhimpunan agung UMNO di Kuala Lumpur) dan duduk sebaris dengan kepimpinan umno khususnya barulah kita dapat memasyaratkan umno dikalangan ahli.sekali lagi, saya ingin menegaskan supaya sistem pemilihan berasaskan kuota ini dihapuskan dan digantikan dengan satu sisitem pemilihan yang berasaskan kepada pemilihan menyeluruh bermula dari sekecil-kecil cawangan dan sekerdil-kerdil ahli umno itu sendiri.Ahli MT UMNO, Dato Azalina Othman juga mengulas isu yang sama

No comments: