May 05, 2009

Ragut, Apa sudahnya.......

Buletin Utama TV3 tadi ada menyiarkan tentang berita sedih seorang ibu yang hamil 2 bulan diragut oleh malaun keparat lagi tidak berperikemanusiaan ketika pulang dari pasar malam di sebuah tempat di Ayer Hitam, Johor.3 hari selepas KOMA ibu tersebut meninggal dunia(AL-FATIHAH).Diberitakan ini bukan kejadian pertama melibatkan ibu tersebut tetapi adalah yang kedua selepas diragut bauat kali pertama, dalam lapuran tersebut kakak ibu tersebut merayu terutama pada pihak berkuasa supaya tolonglah hapuskan sikeparat-keparat ni,ini adalah musuh masyarakat nombor 1 terutama kaum wanita.Mendengarkan rintihan kakak tersebut, APA YANG TERLINTAS juga mendesak dan memohon agar pihak berkuasa bersungguh-sungguhlah dan bermati-matianlah dalam membenteras gejala ragut oleh sikeparat-keparat sampah masyarakat ini.

buat kerja atau melayari internet.

Tadi, berpeluang ke jabatan kerajaan di suatu kawasan luar bandar.Tekun, khusyuk dan rajin "menghadap komputer" didepan mata...steadylah abg2 dan kakak2 rajin buat kerja........maka lalulah aku diantara mereka dan tertolehlah oleh ku tentang " ketekunan, kekhusyukkan dan kerajinan" tadi.Ya memang betul rajin, khusyuk dan tekun bukan buat kerja tapi...biasalah adalah "salah guna" yang mereka sendiri kalau kita kata anda telah langgar etika kerja mesti ada aje jawapan yang dia tak salah(maklumlah belajar tinggi tapi jawatan rendah)terasa diri tu "bos"...puuiiiiiiiiiiihhhhhhhhhhhhhh.Terfikir yang sepatutnya lah DS Najib Ingin Memodensinasikan jawatan sektor awam dengan melibatkan dari kalangan swasta ke sektor awam(sokong tapi perlu hati-hati biarlah yang berkualiti dan tak salah guna komputer dan harta kerajaan dan hantam pihak kerajaaan balik(kalau makan cili rasalah pedasnya)tak malu ker).......akhir kata tiada niat mahu cederakan perasaan mana-mana pihak cuma sekadar renungan sempena bulan perkerja....

May 04, 2009

program hiburan terlalu banyak dan memualkan

salam pada semua,
lama tidak menulis, lama tidak berhubung dan lama tidak bermaya bersama semua.Maaf kiranya ada yang menanti tulisan pena yang kudus dan kontang sejak beberapa bulan yang lalu.Biasalah kesibukan dan perkerjaan begitu sinonim dalam kehidupan kita seharian.Perkara yang mahu APA YANG TERLINTAS utarakan pada penulisan "COMEBACK ini"ialah satu perkara yang dilihat perlu ditegur dan diluahkan serta pastinya ada yang bersetuju dengan tajuk posting ini"PROGRAM HIBURAN TERLALU BANYAK DAN MEMUALKAN".Mungkinkah faktor umur yang semakin meningkat atau minat pada hiburan telah merosot mendorong penulisan posting ini...entahlah, tetapi rimas dan kalut melihat program hiburan dikaca tv saban hari.Kalau dahulu kita boleh "feel enjoyed" dengan program hiburan yang ditayangkan di tv sebagai contoh "hiburan minggu ini","Video muzik", nostalgia juara lagu,beberapa rancangan hiburan nyanyian inggeris dan rancangan-rancangan hiburan yang memperlihatkan kemampuan seseorang penyanyi itu mempelbagaikan bakatnya(terutama rancangan hiburan minggu ini), nak dikatakan saya kolot pada rentak baru atau anti establishment tak juga(turut juga meminati jason marz"im yours")percayalah melihat gelagat artis -artis tempatan terutama yang baru nak naik ni terasa mual dan geli..."ada yang terpeluk(adaker).....".macam-macamlah...harapan saya ialah tolonglah artis-artis kita,kita ditahun 2009 dan dalam keaadaan dimana dunia bergelumang dengan masalah ekonomi , kami yang berkerja ini perlukan sedikit hiburan yang boleh menghilangkan penat bagi menjana ekonomi negara dan keluarga.berilah yang bermutu sikit..stesen tv juga boleh memainkan peranan tentang perkara ini, betul tak..

March 11, 2009

DSURY Pemimpin Yang Akar Umbi Dan Melayu Perlukan


DSURY-(DATO SERI UTAMA DR RAIS YATIM), Adalah jawapan kepada salah satu kerusi naib presiden UMNO yang bakal dipertandingkan bermula hujung mac ini.Jika ahli dan yang penting perwakilan termasuk ketua bahagian, timbalan ketua bahagian, ketua pemuda, ketua wanita, ketua puteri dan Naib Ketua Bahagian (G6) dan perwakilan YANG DIPILIH OLEH AHLIMNTERJERMAHKAN HASRAT MEREKA BUKAN HASRAT PERIBADI PERWAKILAN(DALAM BAHASA MUDAH WAKIL UNDI AKAR UMBI)-G7 melihat program hujah di tv 9 malam tadi pasti mengapa tidak orang seperti DSURY perlu diberikan tempat kerana matlamtanya jelas mengembalikan UMNO kepada kekuatannya semula dan memartabatkan bahasa, ekonomi dan budaya bangsa Melayu.Carilah mana-mana pemimpin yang kalau bercakap pasti diselangi dengan pantun dan madah pujangga, seorang yang cukup arif mengenai undang-undang dan boleh dikatakan mahir dalam sejarah.DSURY , telah menghasilkan beberapa buah buku yang begitu tinggi tahap keintelektualannya serta telah menulis berpuluh-puluh rencana berkaitan bidang yang telah menjadi kepakarannya.Tetapi yang lebih penting ialah DSURY seorang yang mudah didampingi dan mereka yang berkerja serta tidak SOMBONG.Saya berdoa kehadrat Allah SWT supaya salah satu kerusi naib Presiden UMNO menjadi Milik DSURY , InsyaAllah..

February 28, 2009

BULI.....APA LAGI HANTAR MASUK PENJARA LA...

Sebentar tadi, menyirap pulak darah saya tatkala tengok satu budak dipukul oleh 5 orang atau lebih disalah sebuah sekolah berasrama disarawak..buletin utama ada menyiarkan...lepas ni kita tak tahu samaada kes ni ada perkembangan atau tidak, saya menyarankan pihak kerajaan usah lagi berlembut dengan kaki buli disekolah /asrama ni yang sebenarnya berani pukul sambil pakai seluar dalam yang koyak tang "tutt" dan buli.mengikut laporan buletin utama, tayangan peristiwa tersebut ada dalam you tube..minta pihak berkuasa tangkap sahaja dan sumbat dalam penjara jangan berlembut lagi dengan kaki buli yang akhirnya nanti menjadi pembuli dan kaki pukul masyarakat bila dah terbiasa memukul/membuli.Apa akan jadi kalau peristiwa ini berlaku pada anak,adik,abang, kakak,anak penakan, suku sakat, sepupu,dua pupu,anak buah kita, bakal ipar kita senang cakap mereka yang kita sayangi dan kenali takkan kita nak senyum dan biarkan si "kaki buli biul" ni terlepas tidak terima kesan buruk dari perbuatan mereka."AKU ANTI KAKI BULI"

February 22, 2009

wawancara bersama MM, di Berita Harian


Dato Mukhriz Mahathir(MM)berwawancara dengan wartawan akhbar Berita Harian dalam hal yang berkaitan dengan pertandingan 3 penjuru jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia bulan mac 2009 nanti.disini wawancara tersebut

February 19, 2009

rangkaian gambar sekitar program hujah tv 9

Tempat: Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Waktu: 9.30 Malam
Ada Cerita:MSTAR MUKHRIZ.COM
JINGGO