December 31, 2008

Sms yang begitu istimewa.

Saya dapat satu Sms yang begitu istimewa dari seorang teman:
" The year has almost gone but made us strong.The path was long, but we walked with a song.There were fears n tears , but we also had a reasons for cheers.Wishing u Happy Sweet Memories of 2008 & have a great beginning for next year HAPPY NEW YEAR 2009"- Thanks ja...

Ya Allah Selamatkan Palestin.

Saya tidak mahu menulis mengenai kejadian serangan keatas bumi Palestin kerana saya sejak pembukaan APA YANG TERLINTAS telah meletakkan bendera Palestin sebagai tanda sokongan, penghormatan, harapan dan Keyakinan saya bahawa bumi palestin milik orang palestin bukan milik zionis.Segala apa yang diraungkan,dijeritkan ,dilalakkan dan diteriakkan kepada dunia hasilnya sepi dan sunyi.Saya memohon agar Allah S.W.T memberi kekuatan kepada rakyat palestin, saya berdoa agar mereka yang lemah, kanak-kanak,bayi,warga tua,wanita dan seluruhnya agar dilindungi Oleh yang Allah maha Esa, Saya menyeru pelawat dan mereka yang lalulalang di blog ini sama-sama kita mendoakan agar saudara islam kita diberi kekuatan dan dilindungi oleh Allah S.W.T. ALLAH SELAMATKAN PALESTIN.........

December 22, 2008

ppsmi: Gapena Tunjuk Amaran.

Akhbar utusan Malaysia melaporkan bahawa Gabungan Persatuan Penulis Nasional(Gapena) tidak menolak kemungkinan akan mengambil tindakan undang-undang pada kerajaan berkaitan isu ppsmi.Isu PPSMI ini telah menjadi satu perkara yang berlarutan dan rakyat khususnya para pejuang bahasa melayu menanti-nanti satu keputusan yang mengembirakan dari pihak kerajaan.Saya berpandangan bahawa Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik perlu diajar semula dalam bahasa Melayu seperti dahulu.selain, memperkasakan bahasa Melayu itu sendiri ia juga bertujuan akan mengekalkan bahasa melayu sebagai satu bahasa perpaduan.Besarlah harapan agar kerajaan mendengar suara-suara terutamnya suara Gapena ini yang nampak gayanya benar-benar mahukan satu keputusan yang berpihak kepada bahasa melayu itu sendiri,InsyaAllah.

December 20, 2008

Penentangan Orang Melayu terhadap Malayan Union

Sahabat saya Nazir Dalimi ada menulis sesuatu yang berinfomasi tentang sejarah penting bangsa Melayu, Saya ambil sebiji apa yang ditulis dalam blog beliau untuk dapat kita kongsi bersama hasil penulisan beliau.

Penentangan Orang Melayu Terhadap Malayan Union

Bom atom yang digugurkan di Hiroshima pada 6 Ogos 1945 dan di Nagasaki pada 9 Ogos 1945, merupakan bibit-bibit akhir kekalahan pihak Jepun di tangan pihak Berikat yang di ketuai oleh Amerika Syarikat. Atas perintah Maharaja Hirohito, enam hari selepas kejadian tersebut, maka Jepun pun menyerah kalah. Semua askar-askarnya, diarahkan supaya berundur. Pada tanggal 12 September 1945 pihak Jepun telah menyerah kalah secara rasminya di Tanah Melayu dengan menandatangani perjanjian antara Itagaki dan Lord Louis Mountbatten, di Bangunan Perbandaran Singapura.

Rentetan peristiwa yang berlaku, penduduk tempatan mula memikirkan semula samada mereka perlu terus bergantung kepada kuasa-kuasa Barat untuk berlindung daripada sebarang ancaman luar, kerana telah terbukti pihak British telah gagal dalam mempertahankan Tanah Melayu serta melindungi rakyatnya semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu.

Sekembalinya British ke Tanah Melayu, selepas perang tamat, mereka telah menubuhkan satu pemerintahan peralihan bercorak ketenteraan, yang dikenali sebagai Pentadbiran Tentera British atau British Military Administration (BMA) pada bulan September 1945, dengan tujuan untuk memulihkan keamanan dan mengembalikan keyakinan rakyat kepada kerajaan yang telah terhakis. Pada ketika itu, pasukan Bintang Tiga, iaitu bekas kumpulan gerila Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA), yang dianggotai kebanyakannya orang Cina, telah cuba untuk menguasai Tanah Melayu dengan melakukan keganasan. Keadaan telah menjadikan beberapa kawasan di Tanah Melayu huru-hara, terutama sekali di Batu Pahat, Johor dan di Sungai Manik, Perak.

Dalam suasana yang tidak menentu ini, maka pihak British telah mengambil kesempatan memulakan rancangannya untuk menjajah Tanah Melayu dengan lebih serius.


Malayan Union

Sistem Kesatuan merupakan sebuah sistem pentadbiran negara. Dalam konteks di Tanah Melayu ini, ianya dikenali sebagai Malayan Union (Kesatuan Tanah Melayu). Sebenarnya, rancangan British untuk membentuk Malayan Union ini adalah sejak pihak Jepun menawan Singapura pada tahun 1942. Pihak British mendapati, antara faktor utama kekalahan Tanah Melayu kepada pihak Jepun adalah disebabkan oleh masalah penyelarasan antara ketiga-tiga sistem pentadbiran, iaitu Negeri-negeri Selat (Pulau Pinang, Melaka, dan Singapura), Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Perak, Selangor, Negeri Sembilan, dan Pahang), dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, dan Johor). Jadi, rancangan Malayan Union adalah untuk menyatukannya di bawah satu pentadbiran sahaja.

Sir Harold MacMichael telah diutuskan oleh kerajaan British ke Tanah Malayu. Beliau tiba pada 11 Oktober 1945 di Pelabuhan Swettenham (Pelabuhan Klang). Tugas utama beliau adalah untuk memujuk dan mendapatkan persetujuan Raja-Raja Melayu supaya menyerahkan negeri mereka kepada Raja Inggeris (Kerajaan British), untuk dijadikan Jajahan Takluk (Koloni) Britain. Beliau juga diberi kuasa untuk menyiasat sama ada Raja-raja Melayu ada bekerjasama dengan tentera Jepun atau sebaliknya. Kesannya, Raja-raja Melayu akan kehilangan kuasa dan berperanan hanya sebagai penasihat. Rancangan Malayan Union ini telah membuatkan orang-orang melayu khususnya berasa tidak senang, kecewa, dan marah kepada pihak British, yang selama ini disangkakan kawan, dan jalinan hubungan bersemangatkan kepercayaan, tetapi menjadi ‘duri dalam daging.’

Dalam masa tiga bulan sahaja, iaitu dari 20 Oktober hingga 21 Disember 1945, MacMichael telah berjaya mendapatkan tanda tangan sebagai tanda persetujuan daripada Raja-raja Melayu, terhadap perjanjian Malayan Union. Bermula dengan Sultan Ibrahim (Johor) dan diakhiri dengan Sultan Ismail (Terengganu), sembilan buah negeri kesemuanya. Beliau telah menggunakan kuasa yang diberikan kepadanya dengan mengugut Raja-raja Melayu, dengan memberi amaran jika baginda enggan menerima cadangan Malayan Union, baginda akan disingkirkan atas bersubahat dengan tentera Jepun.

Sir Harold MacMicheal telah pulang ke England pada 6 Januari 1946, membawa bersamanya ‘Kertas-kertas Penyerahan Kuasa’ yang ditanda tangani oleh sembilan Raja Melayu bagi setiap negeri. Pada 22 Januari 1946, Kerajaan British telah membentangkan satu ‘Kertas Putih’ di Dewan Parlimennya, mengumumkan rancangan penubuhan Malayan Union (Negara Malaya Bersatu) yang akan menggantikan pemerintahan beraja di Negeri-negeri Melayu, yang akan berkuat kuasa pada 1 April 1946 (Ja’afar Onn 2007).


Ciri-ciri Perlembagaan Malayan Union

Ciri terpenting dalam Perlembagaan Malayan Union ialah perubahan taraf negeri-negeri Melayu daripada sebuah negeri yang bernaung kepada tanah jajahan. Bermaksud, semua negeri di Tanah Melayu (Singapura dikecualikan, dan kekal sebagai tanah jajahan British secara berasingan) digabungkan di bawah satu kerajaan pusat sahaja. Malayan Union diketuai oleh seorang Gabenor yang dibantu oleh sebuah Majlis Mesyuarat Undangan (MMU) dan Majlis Kerja (MK). Pesuruhjaya Residen menjadi ketua pentadbir tertinggi di negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat. Beliau juga menjadi pengerusi Majlis Mesyuarat Negeri (MMN) yang terletak di bawah kawalan kerajaan pusat. MMN dikekalkan untuk menguruskan hal-ehwal tempatan dan dikawal oleh kerajaan pusat. Majlis ini dianggotai oleh para pegawai British. MMU pula mempunyai bilangan ahli rasmi dan ahli tidak rasmi yang sama banyak. Gabenor berkuasa melulus atau membatalkan sesuatu undang-undang. Semua undang-undang yang dikuat kuasakan tidak memerlukan tandatangan sultan (Ruslan Zainuddin et al. 2005).

Tanah Melayu mungkin akan diberi kemerdekaan, dan Malayan Union dianggap langkah pertama ke arah itu. Namun kemerdekaan tidak akan diberikan selagi kaum-kaum yang ada di Tanah Melayu tidak bersatu (Mohd. Isa Othman 2007). Jadi, hak kewarganegaraan yang sama diberikan kepada semua orang, tanpa mengira kaum dan asal keturunan, ianya termaktub dalam Perlembagaan Malayan Union. Semua kaum diberikan hak yang sama untuk memasuki perkhidmatan awam dan mengundi dalam pilihan raya. Jus soli merupakan satu prinsip yang diguna pakai untuk kaum bukan Melayu bagi mendapatkan hak kewarganegaraan, iaitu melalui kuat kuasa undang-undang dan permohonan.

Pastinya, orang-orang Melayu memberikan reaksi dan bantahan yang hebat terhadap rancangan Malayan Union itu. Beberapa siri perarakan dan tunjuk perasaan berlangsung di hampir seluruh negeri semenanjung sebagai tanda protes. Akhbar-akhbar Melayu seperti Majlis, Utusan Melayu dan Warta Negara juga menjadi saluran utama dalam menyampaikan mesej bantahan orang-orang Melayu. Selain itu, ada di antara Sultan yang menghantar petisyen bantahan kepada kerajaan British, yang mana baginda mempertikaikan cara MacMichael berunding dan mengugut, dan menganggap perjanjian yang telah ditandatangani baginda, adalah tidak sah. Seruan supaya umat Melayu bersatu padu semakin kuat kedengaran di seluruh Semenanjung.

Ruslan Zainuddin et al. (2005) menyatakan enam (6) sebab-sebab penentangan orang Melayu terhadap rancangan Malayan Union. Pertamanya, Perlembagaan Malayan Union digubal tanpa mengambil kira pandangan orang Melayu terlebih dahulu. Raja-raja Melayu diberi masa yang singkat untuk meneliti kandungan perjanjian Malayan Union. Baginda tidak berpeluang untuk berbincang dengan para pembesar atau Majlis Mesyuarat Negeri masing-masing.

Keduanya, Persetujuan Raja-raja Melayu kepada Malayan Union dianggap tidak sah kerana tidak mematuhi perlembagaan negeri-negeri Melayu yang memerlukan raja berunding dengan para pembesar terlebih dahulu sebelum menanda tangani sebarang perjanjian dengan kuasa asing. Perkara ini ada disebut dalam Perlembagaan Negeri Johor.

Ketiganya, Sir Harold MacMichael menggunakan ugutan untuk menyingkirkan mana-mana raja yang tidak bersetuju dengan rancangan Malayan Union. Beliau juga bersikap biadap, tidak mengetahui adat resam dan memahami bahasa Melayu serta tiada pengalaman langsung tentang Tanah Melayu.

Keempatnya, Malayan Union menghapuskan kedaulatan dan kuasa politik Raja-raja Melayu. Kini, kuasa baginda hanya terbatas kepada hal-ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja. Kehilangan kedaulatan dan kuasa politik bermakna raja-raja tidak lagi dapat melindungi hak dan kepentingan orang melayu.

Kelimanya, Perlembagaan Malayan Union menawarkan syarat-syarat kerakyatan yang longgar kepada kaum bukan Melayu. Penerimaan kaum bukan Melayu menjadi warga negara dilihat boleh mengancam kedudukan politik orang Melayu, terutama apabila kesetiaan kaum bukan Melayu kepada Tanah Melayu masih lagi diragui.

Keenamnya, Persamaan hak kepada semua rakyat di Tanah Melayu tanpa mengira kaum dianggap mengancam hak dan kedudukan istimewa orang Melayu. Sebagai penduduk peri bumi di Tanah Melayu, orang Melayu merasakan bahawa mereka perlu menikmati hak dan kedudukan yang istimewa berbanding dengan kaum lain.

Antara tokoh-tokoh penting yang menjadi tonggak utama sebagai pemimpin dalam menentang usaha Malayan Union ini adalah diwakili (Johor) Dato’ Onn Jaafar, Dato’ Abd. Rahman Mohd Yassin, Haji Hassan Yunus, Dr. Awang Hassan, dan Dr. Hamzah Hj. Taib. Sementara Selangor diwakili oleh Encik Zainal Abidin bin Ahmad (Za’aba) dan Dato’ Hamzah Abdullah. Kelantan pula diwakili oleh Dato’ Nik Ahmad Kamil. Manakala Kedah diwakili oleh Haji Mohamad Sheriff.

Namun lain pula reaksi orang bukan Melayu, terutamanya orang Cina. Mereka bersikap ‘tunggu dan lihat’ kerana pihak British telah berjanji untuk memberi hak kerakyatan yang sama kepada semua kaum secara jus soli.

Apabila sahaja pihak British menangguhkan perihal kewarganegaraan atas desakan orang Melayu, orang Cina mula melahirkan rasa curiga dan telah melancarkan bantahan melaui akhbar-akhbar Cina dan menganjurkan penubuhan Malayan Democratic Union (MDU), sebuah pertubuhan politik berhaluan kiri. Bantahan orang Cina ini dipusatkan melalui sebuah badan, iaitu All-Malayan Council of Joint Action (AMCJA) yang ditubuhkan pada bulan Disember 1946, yang mempunyai keahlian seramai kira-kira 400 000 orang dan diketuai oleh Tan Cheng Lock (Ruslan Zainuddin et al. 2005).

Bagi kaum India pada ketika itu, mereka masih memberi tumpuan kepada keadaan politik di India dan Parti Kongres India.



Kongres Melayu Se-Malaya dan Penubuhan UMNO

Maka, buat julung kalinya, pada 1 Mac 1946, Kongres Melayu Se-Malaya telah dapat dianjurkan di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur. Ja’afar Onn (2007) menjelaskan, hampir 300 orang wakil dan pemerhati rasmi dari 41 pertubuhan, persatuan, pergerakan, dan kesatuan Melayu di Semenanjung dan Singapura telah bersidang. Kongres Melayu pertama itu telah dirasmikan oleh DYMM Tuanku Sultan Hishamudin Alam Shah, Raja Selangor, sebagai tanda perpaduan Raja dengan Rakyat.

Hasil daripada persidangan kongres selama empat hari tersebut, Dato’ Onn Ja’afar telah dilantik sebagai Pengerusi Kongres. Beliau juga telah mencadangkan supaya membentuk sebuah ‘Pertubuhan Kebangsaan’ yang bertujuan untuk menjadi pertubuhan induk mewakili keseluruhan umat Melayu. Seorang perwakilan - Dato’ Hamzah Abdullah telah mencadangkan nama “Pertubuhan Melayu Bersatu”. Cadangan tersebut disokong oleh Tuan Mohd Arus Lafaz dan meminta ditambah perkataan “Kebangsaan”. Maka dengan itu, Kongres bersetuju dengan nama “Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu” (PEKEMBAR) atau sinonim dengan panggilan UMNO (Mohd. Isa Othman 2007).

Menurut Ruslan Zainuddin et al. (2005), Kongress Melayu Se-Malaya kedua telah diadakan di Johor pada 11 Mei 1946, meluluskan pembentukan UMNO yang diberi tugas untuk menyatukan orang Melayu bagi menentang Malayan Union. Sekali lagi, Dato’ Onn telah diberi mandat dan kepercayaan, beliau telah dipilih menjadi Yang Dipertua UMNO yang pertama.



Persekutuan Tanah Melayu

“Sekiranya Tuanku sekalian turut menghadiri upacara perlantikan Gabenor Malayan Union itu, rakyat Tuanku sekalian tidak akan mengaku Tuanku sebagai Raja lagi. Rakyat Melayu menganggap bahawa menghadiri majlis istiadat perlantikan Gabenor Malayan Union ialah seolah mengusung jenazah Umat Melayu.” (Ja’afar Onn 2007).

Petikan kata-kata di atas adalah kata-kata daripada Dato’ Onn kepada Baginda Raja-raja Melayu pada malam 31 Mac 1946, supaya tidak berangkat ke upacara perlantikan Sir Edward Gent, sebagai Gabenor Malayan Union yang dijadual berlangsung pada pagi 1 April 1946.

Akibat daripada tentangan hebat orang Melayu keseluruhannya, maka gagasan Malayan Union hanya mampu bertahan selama tiga bulan sahaja. Maka dengan itu, British bersetuju mengetepikan dasar Imperialismenya dengan memansuhkan Malayan Union, dan wujudlah satu rancangan baru iaitu Persekutuan Tanah Melayu.

Kerajaan British telah bersetuju untuk meminda kedudukan (status) Negeri-negeri Melayu daripada taraf ‘Tanah Jajahan Takluk’ kepada Wilayah di bawah ‘Naungan’ Kerajaan British. Perlembagaan Tanah Melayu akan mempunyai sifat persekutuan dengan perundangan dan pentadbiran pusat yang kuat untuk bertanggung jawab dalam urusan umum. Kuasa Negeri-negeri Melayu akan dipulihkan kepada Raja masing-masing dan ianya akan dinyatakan dengan jelas di dalam Perlembagaan Persekutuan. Malayan Union akan dihapuskan dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu. Sementara Jawatan Gabenor Malayan Union akan diganti dengan Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu. Bahasa Melayu akan menjadi bahasa rasmi Persekutuan Tanah Melayu. Agama Islam akan menjadi agama Utama Persekutuan Tanah Melayu dan hak-hak keistimewaan orang Melayu akan dipulihkan seperti sedia kala (Ja’afar Onn 2007).

Pada bulan Julai 1946, kerajaan British telah membentuk satu Jawatan Kuasa Kerja bertujuan untuk menggubal perlembagaan baru dan merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan Perjanjian Negeri-negeri. Jawatan Kuasa tersebut dianggotai oleh empat orang wakil Raja-raja Melayu, dua wakil UMNO dan enam orang pegawai kanan British.

Dalam pada itu, rancangan Persekutuan Tanah Melayu ini juga telah mengundang bantahan dengan melancarkan hartal (hurt all) oleh kaum Cina (terutamanya), yang dipimpin Tan Cheng Lock. Namun ianya gagal.


Perjanjian Persekutuan

Menurut Mohd. Isa Othman (2007), Perjanjian Persekutuan telah ditanda tangani oleh Sultan-sultan dengan British pada 21 Januari 1948 dan diisytiharkan dengan rasmi pada 1 Februari 1948. Ciri-ciri penting Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, 1948 adalah seperti berikut:

(a)Persekutuan mengandungi sembilan (9) buah negeri Melayu, Melaka dan Pulau Pinang. Singapura terus menjadi koloni British.

(b)Seorang Pesuruhjaya Tinggi British dilantik untuk mengetuai kerajaan dan menjadi pengerusi kepada Majlis Undangan Persekutuan dan Majlis Mesyuarat Kerja.

(c)Majlis Undangan Persekutuan dianggotai oleh tiga orang ahli ex-officio, sembilan orang Menteri Besar dan dua orang wakil Majlis Tempatan (Pulau Pinang dan Melaka), sebelas orang ahli rasmi dan lima puluh orang ahli tidak rasmi yang dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi.

(d)Sebuah Majlis Raja-raja Melayu dibentuk dan setiap kali persidangan akan dipengerusikan oleh salah seorang daripada Sultan yang dipilih oleh persidangan.

(e)Majlis Negeri ditubuhkan di tiap-tiap negeri bagi membuat undang-undang negeri. Pegawai eksekutif penting di peringkat negeri ialah Menteri Besar.

(f)Kedudukan istimewa orang Melayu terus dipelihara disamping kepentingan sah kaum-kaum lain juga dijaga.

(g)Dari segi kerakyatan, prinsip jus soli telah digugurkan dan diperkenalkan kewarganegaraan bersama. Dengan ini penduduk bukan bumiputera boleh menjadi rakyat Tanah Melayu mengikut undang-undang.

(h)Dalam hal pertahanan dan hal-ehwal luar akan dipegang oleh kerajaan British.


Perjanjian Persekutuan yang telah dimeterai di antara Baginda Raja-raja Melayu dengan British, maka bermulalah satu evolusi politik Tanah Melayu untuk melangkah ke arah pemerintahan sendiri, iaitu Kemerdekaan. Beberapa siri Pilihan Raya telah berjaya diadakan bagi memenuhi hasrat tersebut, bermula di Pulau Pinang pada Disember 1951, Kuala Lumpur pada Februari 1952, dan seterusnya Pilihan Raya Umum yang pertama iaitu pada 27 Julai 1955. Walaupun pada hakikatnya, orang-orang Melayu terpaksa membuat pengorbanan besar dengan bersetuju memberi kerakyatan kepada kaum imigran, namun, selagi mana kuasa dan kedaulatan Raja-raja Melayu serta kedudukan orang Melayu, selain bahasa dan agamanya dapat dipelihara dan diakui oleh semua pihak, ianya amat memadai bagi mereka yang bergelar Melayu.


"Buat tatapan keluarga besar Melayu seluruhnya. Sebuah cebisan nukilan tulisan, supaya kita tetap bersatu dan berdiri teguh, tanpa dibezakan dengan fahaman politik." Nazir Dalimi, 2008.


Nota:
Sebarang kesilapan fakta yang boleh menyebabkan kekeliruan atau perbalahan, saya memohon maaf dan mengalu-alukan sebarang komen yang membina untuk menambah baik penulisan saya ini. Terima kasih.


RUJUKAN

1. Ja’afar Onn. 2007. UMNO dan Malayan Union. Petaling Jaya: MPH Group Publishing.

2. Ruslan Zainuddin, Mohd. Mahadee Ismail & Zaini Othman. 2005. Kenegaraan Malaysia. Shah Alam: Oxford Fajar.

3. Mohd. Isa Othman. 2007. Sejarah Malaysia (1800-1963). Cetak Ulang. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors.

4. Ismail Salleh. 2002. Penentangan Orang Melayu Keday Terhadap Malayan Union. Kedah: Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah di http://www.mykedah2.com/10heritage/109_2.

selama 12 hari......

Selama 12 hari tidak menulis dalam APA YANG TERLINTAS selepas agak terkilan dengan persembahan skuad bolasepak negara yang tumpas di Phuket tempoh hari.Bagi saya, apa juga alasan yang diberikan dan harapan yang cuba dinyatakan oleh semua pihak berhubung dengan prestasi skuad bola sepak negara, saya tetap akan menyokong skuad bola sepak negara saya MALAYSIA tetapi harapan di benak lubuk hati sentiasa mengharapkan satu perubahan secara total dapat dilakukkan kerana ia melibatkian imej skuad negara dalam dunia sukan itu sendiri.Kita tinggalkan sementara kisah bolasepak itu kerana saya amat tertarik sekali dengan berita dididalam akbar utusan malaysia bertarikh 19/ 12/2008 berkaitan dengan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai penulisan didalam blog.Menurut Tun, Pengendali laman blog haruslah menulis sesuatu komen yang wajar dan tidak menjadikan blog sebagi medium untuk menjatuhkan orang lain mahupun memburukkan individu tersebut.Dalam pada itu, Tun juga menyeru golongan muda untuk menulis dalam blog kerana katanya ia mampu menajamkan kemahiran menulis.Kita semua tahu bahawa Tun merupakan seorang penulis yang amat kritikal dengan sering menggunakkan nama pena "CHE DET" dalam penulisannya.
Disini berita tersebut disiarkan.

December 08, 2008

Kacau Betoi....

Dari pukul 5.50 ptg tadi saya dan rakan tidak sabar untuk menuggu perlawanan Bolasepak yang melibatkan pasukan negara kita menentang Vietnam di Phuket, Thailand dalam kejohan piala aff suzuki dahulunya dikenali dengan nama piala tiger, Sambil kami bertemankan rendang,lemang dan 2 keping ketupat buatan ibu tersayang dilayani sambil menghirup secangkir kopi "o" dalm renyai hujan diluar amat mengujakan kami untuk menonton.Dalam beberapa minit selepas sepak mula vietnam telah mendapat gol pertama mereka diikuti oleh pasukan negara kita yang memakai jersi nike ala-ala skuad itali tahun 2000(euro 2000), kebiasaanya harimau malaya mengenakan adidas mungkin penaja baru kot.tepat pukul 7 .45 minit malam vietnam mengesahkan kemenangan mereka melalui gol ke tiga hasil jaringan tidak sengaja akibat kealpaan penjaga gol negara yang boleh dikatakan "out of position",Bayangkanlah betapa saya dan rakan kechewa(sengaja gunakan ayat lama melambangkan kechiwa yg teramat)akibat dari insiden begitu.KEPUTUSAN MALAYSIA 2 VIETNAM 3.Sukan yang saya mula-mula main ketika kanak-kanak ialah bolasepak hinggakan pernah terjadi pada berada diwaktu sekolah hari selasa wajib datang sekolah(bukan kaki ponteng terkadang aje)kerana pendidikan jasmani(PJ) cikgu sukan mesti bagi kita main bola kerana diapun kakibola, begitulah sukan ini amat popular pada kita dan semangat menyokong pasukan kebangsaan tetap tinggi namun kalaulah prestasi kita sering dalam berkadaran begini.......letih siut....

Selamat Hari Raya Aidiladha

Semalam banyaklah saya menerima sms dari rakan-rakan untuk mengucapakan ucapan salam menyambut Hari Raya Aidiladha pada hari ini bersamaan dengan 8hb Disember 2008 hari isnin.Apabila menyambut kedatangan aidiladha ini pastinya kisah Nabi Ibrahim A.s dan anaknya Nabi ismail A.S mengingatkan kita betapa besar pengorbanan seorang yang berpegang teguh pada ajaran dan perintah Allah SWT.Antara bait sms yang mencuri tumpuan saya ialah " Semoga pengorbanan nabi ismail,kesungguhan siti hajar,pengabdian nabi ibrahim menjadi iktibar untuk kita meneruskan perjuangan dalam kita memartabatkan agama, bangsa dan tanahair.SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA.

December 07, 2008

Kejadian Tanah Runtuh.

Hari ini boleh dikatakan hampir semua akhbar yang berada ditanahair kita melaporkan tentang kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa seminggu selepas kejadian tanah runtuh di Hulu Yam Perdana.Kedua-dua kejadian ini telah mengorbankan nyawa.Akhbar Utusan Malaysia Malaysia melaporkan bahawa Y.A.B Perdana Menteri telah melawat tempat kejadian di bukit Antarabangsa dan meminta mana-mana projek yang berlokasi sebegini di timbangkan terlebih dahulu atau dihentikan.Sebagai catatan kejadian ini berlaku kira-kira 1.5 kilometer dari kawasan Highlands Towers yang menjadi perhatian rakyat Malaysia 15 tahun yang lampau dimana 48 orang telah terkorban dalam kejadian yang disifatkan amat tragik bagi negara pada ketika itu.Turut melawat tempat kejadian ialah Sultan Selangor, Sultan Sharafudin Idris Shah diiringi oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.Dalam Pada itu, Timbalan Perdana Menteri yang turun melawat mangsa kejadian tanah runtuh ini, menyatakan bahawa aliran air dibawah tanah merupakan punca kepada kejadian ini sepertimana kejadian Highlands Towers dulu.Sesungguhnya kejadian-kejadian sebegini memerlukan satu kesungguhan didalam perlaksanaannya kerana mengikut rekod telah banyak kali kejadian yang serupa berulang,Satu langkah yang berterusan perlu diwujudkan bagi memantau aktviti pergerakan dalam tanah dikawasan ini kalau kita membaca laporan-lapaoran dan pakar berkenaan perkara ini.Pihak keselamatan haruslah dipuji kerana kecekapan dan ketekunan mereka dalam menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang tertimbus begitu juga dengan kakitangan perubatan terutama hospital selayang dan Hospital Kuala Lumpur.Apa yang perlu di risaukan ialah hujan yang berterusan pada waktu ini seharusnyalah diambl kira terutama oleh penduduk-penduduk sekitar kawasan kejadian atau mengambl kira kata pepatah melayu "Sediakan Payung Sebelum Hujan".APA YANG TERLINTAS melahirkan salam simpati dan takziah kepada semua mangsa yang terlibat, semoga Allah S.W.T mencucuri rahmat ke atas Roh Allahyarham Saful Khas, Amin.

December 02, 2008

Harga Minyak Minyak Turun Lagi.

KALI KE-6 KERAJAAN TURUNKAN HARGA MINYAK
Berkuatkuasa esok(3/12/2008) insyaAllah harga minyak akan turun lagi.Ini menujjukan bahawa harga minyak sebenarnya mengikut harga pasaran dunia dan kerajaan dalam perancagan untuk mengadakan satu ketetapan harga berkaitan harga minyak ini.Mengikut laporan dari utusan online harga baru minyak ialah Rm 1.80 sen seliter bagi petrol dan diesel.Berkaitan dengan rungutan orang ramai berhubung harga barang keperluan harian Menteri yang berkenaan ada mengulas mengenai perkara tersebut didalam mstar online, antara lain beliau menyebut "Mengenai rungutan pengguna berkaitan kedegilan peniaga menurunkan harga barang-barang walaupun harga minyak turun, beliau berkata pada masa sekarang peniaga khasnya yang menjual barang yang dikilangkan tidak dapat berbuat demikian.
"Mereka tidak dapat menurunkan harga barang yang dikilangkan pada masa sekarang kerana harga barangan terbabit adalah berasaskan harga tempahan sebelum pengumuman penurunan harga minyak," katanya.
Para peniaga, bagaimanapun memberi jaminan bahawa barang-barang yang dikilangkan akan lebih murah pada suku pertama tahun depan.
Katanya harga makanan di kedai-kedai makan masih mahal kerana harga ditentukan oleh permintaan yang tinggi.
"Pengguna masih lagi membeli makanan di kedai-kedai makan walaupun peniaga mengenakan harga yang tinggi," katanya.BERNAMA.

December 01, 2008

wujudkan satu sistem pendidikan satu aliran,Kata Dato Mukhriz

berita dipetik dari :mstar online.
Mukhriz: Wujudkan sistem pendidikan satu aliran pupuk integrasi kaum
Oleh ZANARIAH ABD. MUTALIB


KUALA LUMPUR: Calon Ketua Pemuda Umno, Datuk Mukhriz Mahathir mencadangkan supaya diwujudkan satu sistem pendidikan yang menggabungkan semua sekolah bagi mengelakkan polarisasi kaum di negara ini.
"Satu cara terbaik untuk menyatukanpadukan rakyat adalah di peringkat sekolah.
"Mungkin boleh dipertimbangkan satu sistem pendidikan di mana semua sekolah diserapkan di bawah satu sistem iaitu sistem pendidikan Malaysia yang menggunakan bahasa Malaysia sebagai perantaraan kecuali bagi subjek Sains dan Matematik.
"Inilah cara terbaik merealisasikan aspirasi negara untuk mewujudkan perpaduan yang bermakna antara kaum," katanya di lobi Parlimen di sini, hari ini.
Mukhriz berkata, sistem tersebut adalah berlainan dengan Sekolah Wawasan yang pernah dilaksanakan sebelum ini kerana sistem pendidikan Malaysia melibatkan konsep penggunaan satu bahasa oleh semua kaum.
"Di bawah sistem ini, bagi pelajar kaum Cina dan India, mereka mungkin diwajibkan mengambil subjek bahasa kaum masing-masing tetapi pelajar Melayu turut diberi pilihan untuk mempelajari kedua-dua bahasa tersebut.
"Kita turut galakkan bahawa anak-anak kita ini menguasai sekurang-kurangnya tiga bahasa. Dengan cara ini, semua pihak dapat meneruskan budaya masing-masing di bawah satu sistem kebangsaan," kata Ahli Parlimen Jerlun ini.
Beliau berkata, sudah sampai masanya, negara mengamalkan sistem pendidikan sedemikian memandangkan Malaysia adalah sebilangan kecil negara di dunia ini yang mempunyai pelbagai sistem pendidikan.
Ditanya sama ada sistem ini akan dipolitikkan termasuk daripada pemimpin Cina dan India yang mungkin menganggap ia sebagai ancaman, Mukhriz berkata, jika ini berlaku, mereka juga perlu berhenti bercakap tentang ketuanan Melayu kerana ia hanya akan menimbulkan reaksi negatif daripada kaum Melayu.
Dalam pada itu, beliau meminta pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) berhenti daripada mempesoalkan tentang ketuanan Melayu kerana ia hanya akan menjejaskan hubungan parti-parti komponen.
Kata beliau, kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh beberapa pemimpin parti komponen berhubung isu yang dibangkitkan oleh Timbalan Presiden MCA, Daruk Seri Dr. Chua Soi Lek itu adalah tidak sihat.
"Sebenarnya, kita harus beri penekanan dan tumpunan untuk memperkukuh BN dan seperti yang saya pernah kata sebelum ini, sebarang kenyataan yang mampu menjejaskan hubungan antara parti komponen perlu dielak walaupun di musim pemilihan parti masing-masing.
"Tapi masih ada kenyataan yang dikeluarkan oleh MCA, terbaru oleh PPP dan sebelum ini, Gerakan yang menyentuh hati orang-orang Melayu khususnya ahli-ahli Umno," katanya.
Mukhriz berkata, polemik seperti isu ini harus dielakkan kerana dibimbangi timbul pula reaksi balas yang mungkin mempertikaikan ketuanan ekonomi oleh kaum-kaum lain selepas ini.
Beliau berkata, istilah ketuanan Melayu tidak perlu diperdebatkan kerana tiada definisi yang jelas tentang istilah itu dan setakat ini, sistem yang diamalkan dalam negara adalah baik yang menguntungkan semua pihak di mana negara mempunyai kestabilan ekonomi, politik dan berdaya saing.
Katanya, istilah ketuanan Melayu tidak membawa maksud kaum Melayu adalah tuan dan bangsa lain sebagai hamba.
"Saya tertarik dengan kenyataan Menteri Besar Pahang sebelum ini yang mengatakan ketuanan Melayu itu adalah mengenai kedaulatan Raja-Raja Melayu dan sebab itulah kita memanggil 'Tuanku' dan ini dipraktikkan oleh semua bangsa, bukan hanya Melayu. Dari situlah istilah ketuanan Melayu muncul," katanya.

Dato Mukhriz Di Astro Awani.

Rancangan ini telah dijalankan pada 8hb november 2008 dalam program transformasi Umno kendalian Astro Awani.Banyak yang diperkatakan oleh Dato Mukhriz berkenaan pencalonan awalnya dan pendekatannya selama beliau menjadi exco pemuda umno malaysia.Dato Mukhriz juga mahu mengembalikan semula idealisme dalam pemuda dan mahu mengembalikan persepsi yang baik dari masyarakat kepada pemuda umno khususnya.Dato Mukhriz juga amat tegas kepada mereka yang terlibat dalam politik wang dan mengharapkan ada "kejutan" dalam usaha memerangi politik wang."Kita perlukan satu political will yang kuat kata Dato Mukhriz".Berani Berubah

November 30, 2008

tahun 2003

Bola sepak pasti tidak dapat lari dari kehidupan kita terutama dikalangan orang lelaki.Bola Sepak tidak kira hujan atau panas, pagi atau petang malah malam atau subuh sepiee (futsal) boleh jugak dimainkan.Pada tahun 2003, waktu kegilaan bermain futsal mula memuncak dikalangan masyarakat, saya masih mengingati bagaimana sekumpulan pelajar dari kursus seni kulinari Uitm Shah Alam mula bermain futsal tepat jam 10.00 mlm.pada waktu itu seingat saya sport planet shah alam di seksyen 16 baru dibuka operasinya , apalagi boleh dikatakan kebanyakan yang bermain adalah pelajar UiTM dan remaja disekitar shah alam.Sejak dari situ banyaklah kejohanan futsal dianjurkan dan sehingga kini saya nampak permainan ini semakin berkembang dan pihak kerajaan jugak telah banyak membina gelanggang futsal di kawasan -kawasan perumahan tidak terkecuali dikampung-kampung.Futsal dimainkan dalam ruangan gelanggang yang amat terhad dan pada awal saya bermainnya(july 2003) dibenak sy memang tak berapa gemar kerana sejak kecil padang berumput dan tiang gol selebar-lebarnya menjadi pilihan.Pada awal futsal di mainkan kos penyewaan gelanggang amat mahal sehingga menjangkau Rm 60 satu jam(kalau saya silap minta betulkan,kerana kami biasa kongsi(tong-tong) rm 5 seorang),tetapi kini akibat dari kepesatan sukan ini sudah ada penurunannya.Dalam sukan ini jugaklah buat pertama kalinya saya tengok perlawanan futsal antara wanita maksudnya gadis-gadis beraksi sesama mereka dalam acara yg biasanya diMalaysia ini dimonopoli oleh lelaki.Demikianlah sedikit catatan mengenai yang dapat dingati ketika tahun 2003 di shah Alam.

Serangan Mumbai.

Mumbai nama lamanya bombay di negara India, di kejutkan dengan serangan militan di tempat-temapat awam dan hotel.Krisis ini berlanjutan selama 2 hari dengan diakhiri oleh operasi dari pihak komando india.Melihat kepada perkara ini saya bermohon kepada Allah S.W.T agar bumi keramat Malaysia ini tidaklah sesekali perkara seumpama begini terjadi hendaknya, blogawan Dunia Tiger juga ada mengulas perkara ini.Buat masa ini menteri dalam negeri india telah meletak jawatan berikutan peristiwa serangan tersebut.Apa Yang Terlintas mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan ucapan takziah dan simpati buat keluarga mendiang Hema Kasippillayyang meninggal dunia dalam serangan tersebut.Harapan kita semoga apa yang telah berlaku samaada di Mumbai mahupun di Thailand janganlah hendaknya sesekali berlaku keatas negara kita yang terkenal dengan keharmonian dan keamanan, InsyaAllah.

November 28, 2008

Al-Fatihah buat Allahyarham Dato Razali Ismail

Takziah buat keluarga Timbalan Menteri Pelajaran Allahyarham Yb Dato Razali Ismail yang meninggal dunia pada pukul 6.30 petang tadi menurut utusan online.Sesungguhnya jasa dan bakti Allahyarham sewaktu hayatnya amat besar pada negara kita.APA YANG TERLINTAS mendoakan roh Allahyarham ditempatkan bersama dengan orang - orang yang beriman dan para solihin.Al-Fatihah.

wujudkan satu maktab bahasa Inggeris

hari ini diruangan forum utusan malaysia telah ada individu yang mengulas mengenai kenyataan Prof Awang Sariyan berkenaan isu bahasa inggeris.Apa yang di nytakan oleh beliau telah diketahui dan dipersetujui bagi kebanyakkan masyarakat.Kenyataan beliau bahawa "Saintis-saintis seperti Jepun mahupun Korea juga bermula dengan bahasa Inggeris, mengkaji dan mempelajari serta memahaminya kemudian barulah dialih ke bahasa ibunda mereka. Tentunya Malaysia menerusi Dr. Mahathir ketika itu juga berpandangan dan bermatlamat seperti itu." menerusi kenyataab beliau ini, saya berpendapat adalah baik bagi kerajaan mewujudkan satu maktabb bahasa Inggeris yang skopnya bertujuan untuk melatih guru-guru dan pengajar sains dan matematik ini menguasai bahasa inggeris secukupnya dan mengalihkan apa yang dipelajarinya kedalam bahasa melayu mengikut teknik dan kaedah yang lebih berkesan seperti mana diajar dalam maktab tersebut.Dalam pada itu, kenyataan beliau yang berbunyi "Mereka jauh lebih bijak daripada kita dahulu. Era 80an-90an, kita begitu malu untuk berbahasa Inggeris sehingga kita begitu merasa merendah diri bila berhadapan dengan masyarakat yang fasih berbahasa Inggeris."merujuk kepada kemampuan pelajar luar bandar sudah boleh berbahasa inggeris, bagi saya ini betul tetapi menguasai bahasa inggeris dalam perbualan harian dan faham serta kuasai ilmu sains dan matematik yang diajar kepada mereka yang tidak menguasainya lagi bagaimana?jadi satu maktab bahasa inggeris perlu diwujudkan.

November 27, 2008

Yoga ......

Amalan yoga yang diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada sabtu lalu telah mengundang reaksi dari pelbagai pihak.Apa yang jelas pemahaman mengapa ia di haramkan perlu diketahui dan diperincikan.Didalam konteks ini saya memuji dan berterima kasih pada Perdana Menteri kita, Dato seri Abdullah Ahmad Badawi supaya kita fahami inti pati fatwa supaya elakkan kekeliruan.Dalam pada itu kesudian Menteri Penerangan melalui RTM untuk menyediakan platform bagi penerangan kepada masyarakat amatlah dihargai dan bersesuaian dengan apa yang ingin dibawa oleh menteri berkenaan supaya RTM menjadi medan maklumat pada masyarakat.

Martabatkan Bahasa Melayu Didalam PPSMI.

Semalam saya berpeluang menikmati hasil tulisan didalam berita harian Online ruangan surat yang merujuk kepada tulisan dari Profesor Dr Awang Sariyan berkenaan isu PPSMI yang telah menjadi satu perbincangan hangat dikalangan masyarakat terutama gologan pejuang bahasa.Harapan saya pihak kerajaan akan mengkaji dan membuat sesuatu yang lebih baik terutama didalam membuat satu keputusan terhadap isu sebegini dan pastinyalah usaha memartabatkan bahasa Melayu perlu didahulukan, InsyaAllah.

November 22, 2008

mungkir bahagia....


Pagi tadi, masa dalam perjalanan menuju ke bangi sempat mendengar lagu dari nyanyian penyanyi hazami bertajuk "mungkir bahagia".Lagu ini terkenal sekitar tahun 2007, pada saya industri muzik tanahair menampakkan sinar pada tahun tersebut kerana banyak lagu -lagu yang berkualiti dilahirkan dan mampu bersaing dengan irama sengau-sengau penyanyi dari seberang.Lirik lagu 'Mungkir Bahagia" agak menarik walaupun saya bukan seorang yang suka menaakul lirik sesuatu lagu terutama yang jarang saya dengar.Selepas dari berkumandangnya lagu tersebut secara perlahan-perlahan(dalam kereta sambil memandu)saya cuba mengingati semula lirik lagu tersebut walaupun tongggang terbalik.....naik syok pulak sehinggalah sampai ke destinasi tujuan, sy masih menyanyi kecil dan berjalan keluar dari kereta..........."Sayang ku mungkir pada kejujuranmu"wah suara siapa pulak yang menyanyi pagi2 ni .suara ni datangnya dari arah satu taman yang dipenuhi lanskap yang indah....saya pergi mendekati suara tersebut.......oh tidak!!!!! satu mamat indon tgh layan perasaaan sambil tunggu rakan sekerja datang untuk menyelesaiakan kerja membina siar kaki di taman tersebut, saya hanya mampu senyum dan meneruskan perjalanan...

November 21, 2008

Dato Mukhriz Pandai Berbahasa Jepun.


Sebentar tadi, sempat membaca blog seorang blogger azli shukri/ azlishukri.blogspot.com. Anak muda yang berbakat hebat dan mepunyai pengetahuan luas ini telah mewawancara Dato Mukhriz Mahathir di Parlimen Malaysia berkenaan dengan pelbagai hal dan isu. Saya tertarik dengan penerangan beliau bahawa Dato Mukhriz ini mempunyai kebolehan untuk bertutur dalam bahasa Jepun kesan dari pendidikan yang beliau dapati di negara matahari terbit tersebut.Hebat tu Dato, bukan senang kita nak menguasai bahasa asing sekiranya tiada kesungguhan dalam mendalaminnya.Steadylah DATO!.

November 19, 2008

Khatijah Ibrahim Bakat Hebat.

Hari isnin(17/11/2008) yang lepas, saya berpeluang menonton konsert penyanyi Khatijah Ibrahim " 30th pearl anniversary" di Dewan Filharmonik Petronas,KLCC.Apa yang boleh saya katakan Khaty ibrahim adalah seorang yang berbakat hebat.Antara lagu seperti "kusangka siang kiranya malam", "Janjimu" dan kupendam sebuah duka berjaya membawa penonton merasai perjalanan dunia seni khatijah ibrahim selama 30 tahun yang memulakan kerjaya nyayiannya diawal usia 18 tahun.Konsert tersebut juga bagi khaty adalah satu penghargaan seni buat mentor-mentornya seperti Datuk Ahmad Nawab dan Ramli Sarip.Bagi saya khaty mampu menerobos keluar negara kerana bakat hebatnya dan yang paling penting khaty adalah penyanyi "bangsa Malaysia" tatkala penonton yang hadir terdiri dari pelbagai lapisan kaum serta merentasi benua(ada yang datang dari new zealand dan beberapa negara asing).Khaty berjaya membruatkan penonton bersedih tatkala lagu "mama" dan kelihatan seperti diva sewaktu membawa lagu Donna Summer.Apa yang menarik perhatian saya ialah ramai juga kalangan ahli politik kita yang hadir tapi secara sinis Khaty memberitahu bahawa didalam persembahannya "we are one" disambut gemuruh tepukan penonton.Saya pulang dengan satu perasaan bahawa tidak sia-sia saya membeli tiket berharga rm 50 kerana saya telah membawa pulang sejuta pengalaman menyaksikan seorang bintang buatan Malaysia.

November 16, 2008

songkok,sampin,songket dan baju melayu



Baju melayu dan songkok tidak dapat dipisahkan...apa rupa kita tatkala memakai baju melayu tanpa songkok atau baju melayu dan berseluar jeans(saya cukup tak gemar).sejak bulan raya dan musim mesyuarat umno bahagian saya perhatikan seperti ada satu keistimewaan dan gaya tersendiri tatkala kita memakai baju melayu sepasang lengkap dengan songkok ditemani sampin atau songket.Bagi saya, samaada kolar cekak musang (butang 5) atau kolar nehru dan mandarin ala DATO MUKHRIZ (butang 3)dan kolar gaya johor (teluk belanga) pastinya sipemakai akan tampil bergaya.Saya percaya walaupun bilangan mungkin tidak ramai pasti ada mereka yang berminat untuk mengikuti perkembagan baju melayu ini dan songkok.Apabila munculnya syawal tempat seperti Wisma yakin di kuala Lumpur atau Pekan Rabu di Alor Setar pasti jadi tumpuan orang ramai unutk mencari baju melayu dan songkok. Songkok, pastinya pilihan saya harus datang dari Alor Setar 'songkok style tun' yang hanya terdapat di kedai sardi dahar tingkat 2 pasar pekan rabu kalau tidak silap saya.Apa yang menarik songkok ini selain dipakai oleh mantan Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir, ia ringan dan bentuk tirus yang tajam tatkala memakainya, nampak kemas.Harganya berpatutan sekitar Rm85.00 hingga Rm90.00.Baju melayu pastinya dari deretan kedai di wisma yakin, kemas dan rapi jahitannya.Saya percaya andai kita dapat mempelbagaikan kepengunaan baju melayu ini supaya tidak terhad kepada hari raya dan majlis -majlis tertentu saja pengunaannya akan lebih popular kerana bagi saya pengasas bangsa kita dan negara ini juga memakainya secara tidak langsung dapat membantu menaikkan perniagaan mereka yang bergiat dididalam aktiviti perniagaan ini.

UPSR DAN BAHASA INGGERIS

Tahniah buat adik-adik yang berjaya dalam keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR) dan mendapat keputusan yang cemerlang hingga manjadi highlight satu negara.Bagaimana pula kurang cemerlang? adakah highlight diberi pada mereka atau sekadar ucapan "takpe usaha lagi" atau ada ibu bapa yang tak kisah langsung kerana ini baru dikatakan penilaian asas seorang kanak-kanak.Yang menjadi perhatian saya, tatkala keputusan ini dikeluarkan ramailah kanak-kanak seawal usia 12 tahun ditemuramah oleh pihak televisyen baik tv 1 atau tv 3 dengan petah menjawab laksana seorang dewasa tentang pencapaian mereka yang gemilang itu.Tahniah buat anak-anak Malaysia.Saya anggap ini satu perkembangan yang baik buat generasi selepas ini, mungkihkah akan lahir generasi berilmu......Bercakap mengenai soal UPSR saya lihat pelajar dikawasan bandar-bandar dan mewah mamapu menguasai bahasa inggeris dengan baik berbanding pelajar di kampung dan pendalaman...oh ada yang kurang bersetuju kot dengan pandangan saya tapi terpulanglah pada tuan-tuan untuk menilai dan meneliti apa yang cuba saya ketengahkan ini.Cuba kita pergi berhujung minggu di kompleks beli belah pasti ada ibu bapa melayu akan panggil anak mereka seperti ini" boys, you want this?" atau "girl, dont you ever play that thing again" tetapi bila kita balik kekampung tengok bagaimana percakapan ibubapa contohnya" mat, mat nak ni?" atau "siti, jangan main kat situ lagi".Percayalah kebanyakan anak-anak kita bukan tidak tahu matematik dan sains malah mereka lebih cekap sekiranya diajar ke bahasa melayu.Saya amat bersetuju bahawa untuk bersaing dengan bangsa didunia yang lain kita harus menguasai bahAsa inggeris tetapi sebagai pelajar yang pernah belajar sains dan matematik dididalam Bahasa Melayu saya lebih yakin bahawa kita mampu bersaing dan berjaya,InsyaAllah. BAHASA JIWA BANGSA.

October 31, 2008

BLOG DAN FUNGSI

Blog merupakan satu medium baru didalam amalan media atau lebih dikenali sebagai satu revoulusi maklumat terkini yang pantas dan berkembang(pada hemat saya).Apabila kita melangkah masuk ke toko buku sekitar ibu negara tidak dapat tidak buku mengenai blog pasti ada.Dinegara kita, Blog walaupun baru tetapi telah mula mendapat perhatian sejurus selepas pilihanraya ke 12 bulan mac yang lalu.Antara yang memainkan peranan didalam pilihanraya tersebut adalah blog menurut beberapa penganalisa politik.Bagi saya seorang yang ingin bergelumang didalam dunia blog ini atau ingin menjadi blogawan(meminjam kata-kata Dato Ibrahim Yahya(dunia tiger)semestinya harus mempunyai kekuatan dan pengetahuan didalam sesuatu perkara yang diutarakan dan ditulis.langsung dari itu, pengendali dan penulis blog bebas untuk menyatakan apa yang mereka ingin katakan cumanya janganlah sampai boleh mengganggu sensitiviti sesuatu pihak dan memberi impak negatif kepada mereka yang membacanya.Kita menulis dan melontarkan idea rasanya perlu berhemah dan ada "alma mater" dididalam penulisan kita.Secara peribadi, saya merasakan blog pada waktu ini banyak memberikan maklumat terhadap apa kita cari(saya tidak tertumpu pada blog tertentu sahaja)kerana banyak kategori mereka berblog seperti blog politik,hiburan,kepengunaan dan motivasi.Kesemuanya ini memberi ruang untuk kita lebih berinfomasi.Selain dari memberi kita informasi ada jua ruang dan peluang untuk kita berartikulasi terhadap sesuatu perkara ini menyebabkan minda dan fikiran kita bergerak aktif.Didalam ruang penulisan ini juga saya menyeru rakan-rakan samada penulis atau pembaca blog agar menjadikan segala ruang didalam dunia blog dapat menjadikan kita terus bersatu dan berpadu mengikut slogan hari kemrdekaaan negara kita yang ke 51- PERPADUAN TERAS KEJAYAAN.

October 23, 2008

Sejarah perlu Diutamakan.

(ada keinginan untuk memandu,Ramadhan 2008)
Pelajaran sejarah yang diajar disekolah kita dewasa ini seperti diajar untuk lulus didalam peperiksaan sahaja.kelab sejarah yang diwujudkan disekolah seperti tidak menampakkan apa-apa kesan terutama kepada pelajar yang masuk ke kelab tersebut.Saya seorang yang suka mengetahui tentang sesuatu sejarah itu berlaku kerana melalui pengetahuan kita berkenaan sejarah tersebut dapatlah kita menginsafi dan mengerti lebih dalam hal dalam sejarah tersebut.sejarah telah mencatitkan bahawa bumi palestin telah dijajah oleh yahudi,Sejarah juga menyatakan mustafa kamal antartuk bapa sekularisme turki disaat-saat habis riwayatnya melalui proses kematian yang amat dashyat,Sejarah juga telah merekodkan tentang beribu nyawa yang terkorban ketika menyiapkan tembok besar china,Tidak dapat tidak sejarah juga telah mencatatkan bagaimana pejuang-pejuang bangsa kita telah dan akan memperjuangkan dan mempertahankan kemerdekaan bumi bertuah ini.
Akhir-akhir ini,sejarah agak sunyi di pandangan kita,mengapa perkara sebegini berlaku apakah kita dihambat oleh kemodenan? apakah kita tidak relevan bila memperkatakan tentang sejarah?atau kita sengaja mahu melupakannya?apakah kita sedar bahawa pihak kerajaan baru-baru ini telah merasmikan sebuah bangunan yang dinamakan wisma sejarah terletak di Kuala Lumpur.
Petang kelmarin sempat berbual dengan seorang teman sambil ditemani secawan kopi o disebuah warung ditengah pekan awal negeri perak lantas saya bertanya mengapakah sejarah dilupai,MUDAH DAN RINGAN JAWAPANNYA oleh teman saya........"MALEH NAK PIKIR"
saya sambung semula minum kopi o bersama dengannya(teman tadi minum teh tarik dan ditemani cigar kelas rendah "rokok gulung"),teman tadi lebih meminati untuk bercerita tentang sukan kegemarannya bola sepak dan pasukan impiannya M.U.
Kesimpulan dari cerita sejarah ini,satu usaha haruslah dibuat bagi kita menjadikan sejarah sebagai satu budaya pengetahuan dalam masyarakat kita berkembang sejajar dengan kepesatan kemajuan minda yang kita capai buat waktu ini.Usaha ini harus bermula dari peringkat persekolahan hingga ke universiti kerana kita tidak mahu menjadi bangsa yang buta pada sejarah.

October 22, 2008

Dato Seri Shahrizat Melepasi Kouta Pencalonan

Dato Seri shahrizat Abd Jalil telah melepasi kouta untuk bertanding jawatan ketua pergerakan wanita umno yang bakal diadakan pada bulan mac 2009 nanti.Simbolik pada asas pencalonan ini ialah didalam wanita itu sendiri ada suara "akar umbi" yang seharusnya diambil kira dan diperhalusi kerana suara akar umbi adalah suara keramat parti UMNO.Adakah beliau akan berpegang kepada pelan peralihan atau sebaliknya adalah menjadi satu dilemma pada beliau dan bagi suara akar umbi umno tadi juga menjadi satu penantian.Apa yang ingin penulis tekankan ialah SUARA AKAR UMBI didalam umno ini semakin lantang sejak akhir-akhir ini tatkala ahli-ahli parti melihat prestasi pada pru yang lepas.Syabas AKAR UMBI bagi penulis andalah penentu halatuju parti yang kita cintai.

P/S: Penulis masih mengingati bagaimana lantangnya suara Ds Rafidah/Kak Pidah membidas dan menyelar s/u luar Amerika madeleine albright tahun 1998.

October 21, 2008

Sekitar Mesyuarat Pemuda Hulu Selangor,Ahad 19 okt 2008

lokasi:Dewan sek khing ming,KKB
Kehadiran :450 orang.

"MENEGAKKAN SYIAR ISLAM,MEMAJUKAN BANGSA DAN NEGARA"


(Doa dari Raja Idris, Pemuda Harapan Batang Kali)

(Sdr Romzi Aziz (Angah) bahagian Pengurusan)

(mantan nkp Sdr Mahyuddin Omar(kesetiaan sukar ditandingi) bersama Ketua Umno Cawangan Kg Rasa Sdr mohd adha zainal aznam(maza) )
(BARISAN AJK TERDAHULU DAN TERKINI.)






Mesyuarat Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor




(MAHMUD KARIM)
(YUSRI ISHAK)
(YB ISA,SDR MAHYUDDIN,YB IDRIS,DATO UST ZAINAL)


Tarikh: 19/10/2008
Hari: AHAD
Lokasi:Dewan Sekolah Khing Ming, Kuala Kubu Bharu
Ketua Pemuda: Saudara Mahmud Bin Karim
Naib Ketua Pemuda: Saudara Yusri Bin Ishak

Mesyuarat pergerakan pemuda Umno Hulu Selangor telah berjalan dengan lancar dan sempurna,Alhamdulilah.Walaupun ada pertandingan dalam mesyuarat pada kali ini kesemua calun telah menujjukkan tahap kematangan berpolitik yang tinggi dan professional.Apa yang membanggakan pada tahun ini ialah jumlah kehadiran perwakilan yang menghadiri mesyuarat Pemuda meningkat dati tahun sebelumnya,mungkinkah ini perwakilan mula merasa aura "BERANI BERUBAH".Doa saya pada Allah SWT agar perjuangan Pemuda UMNO bahagian Hulu Selangor sentiasa dalam keberkatannya dan minta dijauhkan dari tidak mengikuti landasan perjuangan yang sebenar.




October 20, 2008

Pemuda Umno Harus Berani Berubah

Ya, Pemuda Umno harus berani berubah bukan saya begitu terpengaruh dengan slogan Dato Mukhriz tetapi perasaan dalaman saya seperti menginjak-injak mahukan satu perubahan total didalam pergerakan pemuda itu sendiri terutama pemuda umno malaysia.Pemuda harus dilihat sebagai pemuda yang cukup berani dan berilmu serta tahu bertindak pada asas yang tepat.Pemuda juga wajib mentaati segala perintah Allah SWT dan meninggalkan segala larangan dari Allah.Pemuda harus berani berubah kerana berkemungkinan besar apa yang ada dalam pemuda pada waktu ini dilihat seperti tidak menampakkan usaha untuk menarik golongan muda berminat kepada umno itu sendiri.Mungkin saya bukan pakar didalam pengurusan atau strategi Pemuda tapi selaku orang muda yang sayang akan agama,bangsa dan negara ingin saya mengemukakan beberapa cadagan:-
1) PERTAMA sekali, Bolehkah digubal semula satu akta didalam perlembagaan Umno dimana setiap exco pergerakan pemuda diperingkat kebangsaan di pilih secara undian setiap 2 tahun sekali,Tetapi sekiranya mutu perkhidmatan mereka baik dan berkualiti Ketua Pemuda mempunyai kuasa untuk tidak atau mengadakan pengundian tersebut.
2)KEDUA, diwujudkan satu jawatankuasa pemantau yang terdiri dari mereka dari pelbagai latarbelakang dan disertai akar umbi untuk menilai dan memantau perkembagan didalam pemuda itu sendiri.
3)KETIGAnya,Mengkaji semula program dan bentuk kempen mengikut perkembangan semasa dan isu semasa.Tidak salah kalau saya katakan ada sesetengan program pemuda baik bahgaian dan cawagan tidak mampu menarik perhatian dan tarikan pada golongan muda.

Ini mungkin sebahagian saja pandangan yang mungkin tidak bagus tapi saya puas dapat melontarkan idea peribadi buat pergerakan yang saya rasa masih relevan dan berkesinambungan.

October 18, 2008

CEBISAN DARI BUKIT TINGGI ,PADANG.













Dalam kelam malam, saya tidak mampu melelapkan mata kerana memikirkan sesuatu perkara yang terjadi siang tadi membawa hingga ke tempat istirehat saya.Saya cuba merayau dalam blog-blog yang saya minati dan saya mendapat idea bahawa apalah salahnya saya berkongsi satu panorama indah yang saya alami ketika mengujungi bumi minagkabau iaitu padang.Saya pergi sekita awal 2006, apa yang saya amati ialah padang merupakan sebuah wilayah didalam indonesia yang mempunyai sebuah tempat yang cukup menarik iaitu Bukit Tinggi.Bukit Tinggi bagi saya merupakan satu daerah yang masih "segar dan tenang"dilihat pada mata dan nyaman untuk kita merasainya.Diatas merupakan sebahagian gambar-gambar yang menjadi satu kenangan pada saya lebih-lebih lagi segala tempat yang dilawati segalanya terdapat dalam lagu nyayain Elly Kassim,Sharifah Aini,Oslan Hussien Dan Kak Nita.....Ayam Den Lapeh..


GO DATO!!!!!!!!!


DATO MUKHRIZ TUN MAHATHIR hari ini telah menambah lagi jumlah pencalonan dari 40 ke 42 dan dijangka akan bertambah lagi sepanjang hujung minggu ini bilamana pemuda-pemuda bahagian bersidang.Apa yang penting dato Suara akar umbi harus dihormati dan di suarakan.Kami bersama Dato, InsyaAllah......BERANI BERUBAH!!!!!!!!!

KES MURID KURANG AJAR


Malam tadi sempat menonton buletin utama yang menyiarkan tentang kes murid menampar guru di sebuah sekolah dalam kawasan kangar,Perlis.Melihat kepada perkara itu terlintas difikiran saya bahawa mengapakah dan haruskah sikap pelajar ini dibiarkan begitu sahaja atau mengenakan tindakan padanya adakah cukup memadai.Saya tahu setiap pada kita pastinya pernah dipukul atau dimarahi oleh guru disekolah namun tak terlintas pulak rasanya ingin bertindak lebih agresif padaguru tersebut kerana peranan seorang guru amat besar buat kita lebih-lebih lagi sekiranya guru itu perempuan.bila melihat perkara ini,teringat ketika di tingkatan 3 saya pernah ditampar oleh seorang guru akibat kesalahan yang dilakukan oleh orang lain.Sampai sekarang masih terasa desingnya telinga dek penangan guru tersebut, tetapi tidak pulak sampai ingin menampar guru itu balik kerana perasaan hormat dan diasuh oleh orang tua agar tidak bersikap kurang ajar atau terlebih ajar.Saya sebenarnya amat resah dan gelisah sejak akhir-akhir ini tatkala melihat anak-anak sekolah ini terutama mereka yang berumur 15-18 tahun berperangai seolah-olah 25 tahun keatas.Satu fenomena yang menarik perhatian saya ialah sekumpulan remaja sekolah pada pukul 7.25 pagi dengan pakaian seragam sekolah yang tidak dimasukkan kedalam secara selamba menghisap rokok ala-ala brad pitt atau aktor-aktor hollywood, Sakan sesangat.Mengapakah semua ini boleh berlaku, adakah berpunca dari rumah semata atau remaja zaman ini hilang arah fokus hidup mereka.

(sumber gambar: sarafi photostream)

October 12, 2008

Saya Kembali

Salam pada semua...hampie sebulan tidak menulis didalam apa yang terlintas kerana ada beberapa urusan yang berkaitan peribadi dan pendidikan terpaksa diberi keutamaan oleh saya.Dato Mukhriz Mahathir telah layak bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno Malaysia menurut laporan dari utusan online sebentar tadi,Alhamdulilah kerana ini adalah suara AKAR UMBI atau GRASSROOT dari pemuda UMNO yang bersidang sejak 3 hari lepas.Saya secara peribadi memang tertarik dan meminati gaya dan corak serta pembawaan Dato Mukhriz didalam berpolitik kerana amalan bersederhana,bijaksana,KEBERANIAN dan tidak seperti pemimpin pemuda yang lain.Kunci utama kepada perjuangan beliau ialah kembali kepada perjuangan asal UMNO dan BERANI BERUBAH.

August 26, 2008

Uitm Genap 9(Sembilan) Tahun


Alhamdulilah pada tarikh hari ini 26 Ogos 2008,genaplah 9(sembilan) tahun Universiti Teknologi Mara (UiTM) ditukarkan namanya dari Institut Teknologi Mara (ITM) pada sebelumnya.Bagi saya yang berpeluang pada ketika itu berada di Stadium Malawati, Shah Alam bersama ribuan penuntut ITM yang lain dari seluruh cawangan ITM merasakan bahawa kerajaan pada itu memberikan "kejutan" besar kepada institusi terbaik bagi Bumiputera khususnya orang melayu.Saya masih mengingati pada waktu Tun Dr Mahathir mengumumkan penukaran nama tersebut beliau telah tersasul dari menyebut ITM ditukarkan kepada UTM dan berpatah semula untuk membetulkan kepada UiTM.Kalau saya masih ingat naib canselor pada waktu itu ialah Dato ir Zaidee Laidin, seorang VC yang bagi saya begitu tinggi daya pemikirannya ketika itu, selang beberapa tahun selepas itu apabila beliau bersara pada awal tahun 2000 UiTM digantikan oleh Prof Dr Ibrahim Shah, seorang yang bagi saya lantang dan tegas serta mesra pelajar(masih teringat sewaktu sukan antara fakulti tahun 2002,beliau menyapa budak-budak dari hotcat).Dalam janga masa yang begini banyaklah ujian dan cabaran yang dihadapi oleh UiTM itu sendiri baik dari dalam mahupun dari luar.

Apa yang saya ingin tekankan disini ialah UiTM inilah tempat pertama saya mengenal apa itu kepentingan ilmu terhadap pengukuran martabat sesuatu bangsa,bagaimanakah kita dapat mengenali budaya melayu dari luar kepompong kita(masih teringat teman sebilik ,sabri, seorang anak kuala krai Kelantan mengajar saya memakan budu),juga teringat bagaimana seorang sahabat(si panjang) memberitahu bahawa di johor air bandung dipanggil air sarbat,Kalau warga UiTM pasti tidak sedikit sebanyak tahu perihal air di kedai BOB (pastinya cincau coklat) seksyen 2 dihadapan jati..kalau bulan puasa pasti tergugat iman apabila mengingatinya, Di UiTM juga pelbagai pelajaran yang dinamik dan komprehensif diajar kepada kami.Salah satu subjek yang cukup saya minati sehingga ke hari ini ialah " International Cuisine" yang diajar didalam part 6.Disinilah segala masakan dari seluruh dunia kita belajar dan tahu bagaimana ia diperbuat secara begitu kompleks sekali namun kesedapanya tidak mampu menandingi air tangan ibu sendiri.Cerita-cerita diatas lebih kepada secebis dua pengalaman ketika berada di UiTM dan signifikannya UiTM pada bangsa Melayu.

SELAMAT ULANGTAHUN UiTM.

August 23, 2008

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!




Tinggal lagi 9(sembilan) hari negara yang makmur dan bertuah ini akan menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke 51.Tema kemerdekaan pada tahun ini ialah "Perpaduan Teras Kejayaan" menggantikan "Keranamu Malaysia"yang agak sebati dengan rakyat kita sejak tahun 2000.Apabila tibanya hari kemerdekaan ini banyaklah program yang disusun dan dirancang oleh organisasi-organisasi yang berkaitan dan terlibat dididalam program-program menyambut kemrdekaan .Jika dibangku sekolah guru bahasa melayu pastinya akan memberikan setiap pelajarnya tajuk yang berkaitan dengan hari kemerdekaan negara didalam subjek penulisan(karangan) dan berpusu-pusulah lontaran idea pelajar tersebut disamping tidak kurang juga yang membuat salin cetak atau tiru bulat-bulat kepada karya orang lain(secebis kenangan yang mungkin sukar dilupakan).Masih teringat sewaktu menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM),Shah Alam sekitar tahun 2002 dan 2003 UiTM tidak ketinggalan menganjurkan festival kemerdekaan.Setiap sambutan festival tersebut banyaklah program-program yang berciri dan berkonsepkan kemerdekaan diadakan untuk warga kampus selain kibaran Jalur Gemilang disetiap inci kawasan kampus.Bagi saya, apa yang paling diingati oleh saya pada sambutan festival ini ialah,buat pertama kalinya (2002) saya berpeluang bersalam dan bertentang mata dengan Tun Dr Mahathir Mohamad (Dato Seri Pada ketika itu) sejak dari itu setiap kali sambutan hari kemerdekaan pasti saya tidak dapat melupakan momen tersebut.Pada tahun 2008, saya seperti merasakan yang sambutan agak kurang memberangsangkan berbanding tahun-tahun sebelum ini,saya cuba mencari jawapan kepada apa yang saya rasakan dan bertanyakan kepada teman-teman yang rapat tentang perkara ini.Hampir semua dari mereka juga merasakan begitu namun itu semua bukan halangan bagi kami menyambut dengan cara kami selaku rakyat Malaysia ini.Bagi mereka yang mambaca sejarah dan menghayati sejarah kemerdekaan negara kita pasti dapat melihat bagaimana perit dan bersungguhnya pemimpin-pemimpin terdahulu memperjuangkan kemerdekaan untuk kita pada ketika itu.Walauapapun berlaku, pada saya 31hb Ogos adalah tarikh yang wajar diraikan oleh kita selaku penduduk dan bangsa yang bermaruah dibumi Malaysia yang dicintai ini.MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA.

August 18, 2008

August 16, 2008

Tahniah En Chong Wei


senja semalam sebelum menunaikan solat Maghrib berpeluang melihat kemenangan En Chong Wei keatas pemain Korea Selatan di separuh akhir perlawanan badminton olimpik beijing, bak kata orang kampung saya "berjemban-jemban" jugak peluh anak muda malaysia ini ketika bertarung dengan pemain dari korea(maaf saya kurang hafal namanya),tetapi secara tersiratnya saya terharu sejurus selepas chong wei berjaya menewaskan lawanya beliau telah mencium jalur gemilang dibajunya meremang bulu roma saya kerana nagara kita hanya setapak lagi untuk membawa pulang pingat Emas,mudah-mudahan kita memperoleh kerana pingat emas tersebut adalah ukuran pencapaian sukan kita diperingkat olimpik.Badminton di Malaysia merupakan antara sukan yang digemari dan boleh dimainkan oleh pelbagai golongan tak kiralah dari usia 6 tahun hinggalah ke 60 tahun(saya pernah nampak seorang atuk berbangsa cina bermain dengan cucunya dalam perjalanan saya ke utara tanahair).Badminton juga sebenarnya kalau kita perhatikan adalah sukan yang mana menjadi "TRADEMARK" kepada bangsa Indonesia jika tidak cuba perhatikan dikongsi-kongsi pembinaan pasti ada wak-wak yang bermain sesama mereka sambil gudang garam terlekat di mulut......YONEX, CARLTON, GOSEN, DAN PRO ACE antara jenama yang sering mendapat tempat dihati pemain-pemain amatur seluruh Malaysia dan ia pula boleh dimainkan tak kira subuh sepii',malam buta ke,tengah hari ke atau senja.Apapun buat Chong Wei, Strive For The Best.........

BUKU DAN RUAS.

Akhbar arus perdana mengatakan pertemuan daso dan dsai merupakan petemuan buku dan ruas kerana masing-masing mengenali kreabiliti dan pengaruh diantara satu dengan yang lain.Difahamkan bahawa Dato Arif Shah Omar (DASO) merupakan Kp Pemuda Umno dizaman Dato Seri Anwar Ibrahim(DSAI) menjadi Ketua Bahagian Permatang Pauh,Inilah politik dahulu kawan kini lawan tetapi tetap dengan satu objektif menjadi yang terbaik setelah dipilih oleh rakyat.DSAI merupakan seorang politician yang telah lama dikenali sejak dari zaman awal pembabitan di dalam Angkatan Belia Islam Malaysia(ABIM) manakala DASO merupan Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) seberang jaya sejak tahun 2004 lagi juga menang ketikaBarisan Nasional (BN) menghadapi gelombang tsunami politik pada 8 mac.Melihat kepada fakta yang ringkas dan tepat ini dapatlah dibuat kesimpulan bahawa memang benarlah apa yang dimaksudkan dengan buku dan ruas oleh media arus perdana.Bagi rakyat seperti saya, setelah hampir separuh tahun 2008 ini saya dilemaskan dengan cerita-cerita politik yang tak keruan hingga ada menyebabkan beberapa pemblog telah mogok, melihat piliharanraya kecil ini lebih dari sebuah piliharaya sabenarnya.Pada saya, apa juga yang berlaku didalam piliharaya ini akan membawa kepada kesan didalam pemilihan UMNO 2008, lanskap politik tanahair dan halatuju DSAI dalam merecanakan perjalanan politik beliau.Pada saya biarlah apa pun yang berlaku kita sentiasa didalam rahmat Allah S.W.T insyaAllah

July 18, 2008

CHELSEA,DNA,KOUTA BUMIPUTERA

Hari ini sambil ditemani secawan kopi pekat buatan mamak di kedai tepi simpang,saya berpeluang membaca berita-berita di akhbar utama tanahair.chelsea satu pasukan dari tengah-tengah london akan datang ke Malaysia hujung bulan ini disertai beberapa muka baru termasuk pengurusnya.Bercakap mengenai chelsea ini , pasukan ini adalah team kegemaran saya sejak dibangku persekolahan lagi iaitu era ruud gullit dan lain-lain pemain...tapi selalu kantoi bila jumpa dengan m.u (masa tu m.u ada cantona).,masa zaman tu teringin sangat nak pergi tengok depa ni main tapi apa nak buat ongkosnya tiada sekarang ini pulak ongkosnya ada minat nak menonton pulak tiada kerana komitmen pada perkara lain.........

DNA pula ayat yang selalu saya tonton setiap kali tengok cerita csi sampaikan kekadang terasa saya pulak yang jadi hero drama tersebut.DNA bermaksud ASID DEOKSIRIBO-NUKLEIK..berbelit jugak lidah menyebutnya.sefahaman saya DNA ini adalah sesuatu kaedah yang biasanya dijalankan oleh sekumpulan ahli forensik dan ahli didalam bidang tersebut.

KOUTA BUMIPUTERA pula menjadi tajuk pertikaman lidah diantara ahli parlimen semalam,dari sudut pandangan saya jika sesuatu itu bagus kenapa perlu diubah atau dalam bahasa mudahnya kita haruslah patuh pada perlembagaan negara.....

July 16, 2008

Senyumlah Kuala Lumpur


Pagi tadi dalam perjalanan ke ibukota saya diiringi dengan kenyarigan suara david alleycatts...senyumlah kuala lumpur.....terasa segar dan nyaman saja pagi tadi tanpa perlu menghadapi kesesakan dan tekanan ke tempat yang di tuju.secara kebetulan keluar saja dari kereta, tren lrt lalu didepan mata lantas diatas inilah hasilnya..seperti ular bandar megah menyusuri kota Kuala Lumpur gambarnya sempat dirakamkan......Selamat Bekerja..

July 15, 2008

FILEM ABANG

Malam tadi tak tahu nak buat apa layan filem ABANG lakonan hebat dari dato rahim razali(fuad din),kak ogy(nita),Dato tarmimi siregar(farid din),tamam idris (daiman) dan the best ahmad yatim(faizal din).Saya amat tertarik dengan filem tersebut gandingan pelakon baru dan lama dalam filem tersebut nyata mengundang perasaan debar,tertanya-tanya dan kesedihan didalam diri siapa yang menontonya lebih-lebih lagi menonton kali pertama.Dalam banyak-banyak part yang menarik hati saya ialah dialog antara dato rahim dan seniman ahmad yatim perrrghhhh.....tinggi sungguh nilai dialog dalam filem ini(saya bukan ahli dan orang filem),bila tengok keaadan persekitaran dalam filem tersebut terasa benar tenangnya zaman tu dan kemasnya pakaian pelakon-pelakon dalam filem tersebut serta tingginya nilai kasih sayang seorang abang pada keluarganya.saya mencadangkan agar siapa yang belum memiliki filem tersebut berusahalah kearah itu tambahan pula lagu tema bagi filem ini," simfoni kasihku" benar-benar "touching" apatah lagi kak ogy yang menyanyikannya......selamat menonton.

TERIMA KASIH.....

TERIMA KASIH


Kita biasa mendengar ayat ini tetapi pada ketika ini pengunaan ayat ini kurang digunakan bukanya susah, sebut saja " terima kasih encik"."terima kasih Puan","terima kasih abang","terima kasih akak"bak kata satu iklan yang biasa kita dengar dalam radio "kalau sebut bukan kena bayar pun".Dewasa ini, untuk memberi ucapan terima kasih amat sukar terutama kedai-kedai makan (bukan semua) terutama orang "kita" yang terkenal sebagai tinggi santun dan budi bahasanya.Pernah terjadi pada seorang rakan saya, Satu restoran melayu masak nasi mentah dan rakan saya beritahu bahawa nasi ini mentah selamba betul muka towkey kedai tersebut tak cakap minta maaf ke,im sorry ke mustahilah nak mengaku kesilapan.

Tapi kawan saya tadi bayar juga namun yang paling disedihkanya ialah tiada langsung "ucapan terima kasih"dari towkey kedai tadi........jumpa lagi ...