May 04, 2009

program hiburan terlalu banyak dan memualkan

salam pada semua,
lama tidak menulis, lama tidak berhubung dan lama tidak bermaya bersama semua.Maaf kiranya ada yang menanti tulisan pena yang kudus dan kontang sejak beberapa bulan yang lalu.Biasalah kesibukan dan perkerjaan begitu sinonim dalam kehidupan kita seharian.Perkara yang mahu APA YANG TERLINTAS utarakan pada penulisan "COMEBACK ini"ialah satu perkara yang dilihat perlu ditegur dan diluahkan serta pastinya ada yang bersetuju dengan tajuk posting ini"PROGRAM HIBURAN TERLALU BANYAK DAN MEMUALKAN".Mungkinkah faktor umur yang semakin meningkat atau minat pada hiburan telah merosot mendorong penulisan posting ini...entahlah, tetapi rimas dan kalut melihat program hiburan dikaca tv saban hari.Kalau dahulu kita boleh "feel enjoyed" dengan program hiburan yang ditayangkan di tv sebagai contoh "hiburan minggu ini","Video muzik", nostalgia juara lagu,beberapa rancangan hiburan nyanyian inggeris dan rancangan-rancangan hiburan yang memperlihatkan kemampuan seseorang penyanyi itu mempelbagaikan bakatnya(terutama rancangan hiburan minggu ini), nak dikatakan saya kolot pada rentak baru atau anti establishment tak juga(turut juga meminati jason marz"im yours")percayalah melihat gelagat artis -artis tempatan terutama yang baru nak naik ni terasa mual dan geli..."ada yang terpeluk(adaker).....".macam-macamlah...harapan saya ialah tolonglah artis-artis kita,kita ditahun 2009 dan dalam keaadaan dimana dunia bergelumang dengan masalah ekonomi , kami yang berkerja ini perlukan sedikit hiburan yang boleh menghilangkan penat bagi menjana ekonomi negara dan keluarga.berilah yang bermutu sikit..stesen tv juga boleh memainkan peranan tentang perkara ini, betul tak..

No comments: