August 23, 2008

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!




Tinggal lagi 9(sembilan) hari negara yang makmur dan bertuah ini akan menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke 51.Tema kemerdekaan pada tahun ini ialah "Perpaduan Teras Kejayaan" menggantikan "Keranamu Malaysia"yang agak sebati dengan rakyat kita sejak tahun 2000.Apabila tibanya hari kemerdekaan ini banyaklah program yang disusun dan dirancang oleh organisasi-organisasi yang berkaitan dan terlibat dididalam program-program menyambut kemrdekaan .Jika dibangku sekolah guru bahasa melayu pastinya akan memberikan setiap pelajarnya tajuk yang berkaitan dengan hari kemerdekaan negara didalam subjek penulisan(karangan) dan berpusu-pusulah lontaran idea pelajar tersebut disamping tidak kurang juga yang membuat salin cetak atau tiru bulat-bulat kepada karya orang lain(secebis kenangan yang mungkin sukar dilupakan).Masih teringat sewaktu menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM),Shah Alam sekitar tahun 2002 dan 2003 UiTM tidak ketinggalan menganjurkan festival kemerdekaan.Setiap sambutan festival tersebut banyaklah program-program yang berciri dan berkonsepkan kemerdekaan diadakan untuk warga kampus selain kibaran Jalur Gemilang disetiap inci kawasan kampus.Bagi saya, apa yang paling diingati oleh saya pada sambutan festival ini ialah,buat pertama kalinya (2002) saya berpeluang bersalam dan bertentang mata dengan Tun Dr Mahathir Mohamad (Dato Seri Pada ketika itu) sejak dari itu setiap kali sambutan hari kemerdekaan pasti saya tidak dapat melupakan momen tersebut.Pada tahun 2008, saya seperti merasakan yang sambutan agak kurang memberangsangkan berbanding tahun-tahun sebelum ini,saya cuba mencari jawapan kepada apa yang saya rasakan dan bertanyakan kepada teman-teman yang rapat tentang perkara ini.Hampir semua dari mereka juga merasakan begitu namun itu semua bukan halangan bagi kami menyambut dengan cara kami selaku rakyat Malaysia ini.Bagi mereka yang mambaca sejarah dan menghayati sejarah kemerdekaan negara kita pasti dapat melihat bagaimana perit dan bersungguhnya pemimpin-pemimpin terdahulu memperjuangkan kemerdekaan untuk kita pada ketika itu.Walauapapun berlaku, pada saya 31hb Ogos adalah tarikh yang wajar diraikan oleh kita selaku penduduk dan bangsa yang bermaruah dibumi Malaysia yang dicintai ini.MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA.

No comments: