August 26, 2008

Uitm Genap 9(Sembilan) Tahun


Alhamdulilah pada tarikh hari ini 26 Ogos 2008,genaplah 9(sembilan) tahun Universiti Teknologi Mara (UiTM) ditukarkan namanya dari Institut Teknologi Mara (ITM) pada sebelumnya.Bagi saya yang berpeluang pada ketika itu berada di Stadium Malawati, Shah Alam bersama ribuan penuntut ITM yang lain dari seluruh cawangan ITM merasakan bahawa kerajaan pada itu memberikan "kejutan" besar kepada institusi terbaik bagi Bumiputera khususnya orang melayu.Saya masih mengingati pada waktu Tun Dr Mahathir mengumumkan penukaran nama tersebut beliau telah tersasul dari menyebut ITM ditukarkan kepada UTM dan berpatah semula untuk membetulkan kepada UiTM.Kalau saya masih ingat naib canselor pada waktu itu ialah Dato ir Zaidee Laidin, seorang VC yang bagi saya begitu tinggi daya pemikirannya ketika itu, selang beberapa tahun selepas itu apabila beliau bersara pada awal tahun 2000 UiTM digantikan oleh Prof Dr Ibrahim Shah, seorang yang bagi saya lantang dan tegas serta mesra pelajar(masih teringat sewaktu sukan antara fakulti tahun 2002,beliau menyapa budak-budak dari hotcat).Dalam janga masa yang begini banyaklah ujian dan cabaran yang dihadapi oleh UiTM itu sendiri baik dari dalam mahupun dari luar.

Apa yang saya ingin tekankan disini ialah UiTM inilah tempat pertama saya mengenal apa itu kepentingan ilmu terhadap pengukuran martabat sesuatu bangsa,bagaimanakah kita dapat mengenali budaya melayu dari luar kepompong kita(masih teringat teman sebilik ,sabri, seorang anak kuala krai Kelantan mengajar saya memakan budu),juga teringat bagaimana seorang sahabat(si panjang) memberitahu bahawa di johor air bandung dipanggil air sarbat,Kalau warga UiTM pasti tidak sedikit sebanyak tahu perihal air di kedai BOB (pastinya cincau coklat) seksyen 2 dihadapan jati..kalau bulan puasa pasti tergugat iman apabila mengingatinya, Di UiTM juga pelbagai pelajaran yang dinamik dan komprehensif diajar kepada kami.Salah satu subjek yang cukup saya minati sehingga ke hari ini ialah " International Cuisine" yang diajar didalam part 6.Disinilah segala masakan dari seluruh dunia kita belajar dan tahu bagaimana ia diperbuat secara begitu kompleks sekali namun kesedapanya tidak mampu menandingi air tangan ibu sendiri.Cerita-cerita diatas lebih kepada secebis dua pengalaman ketika berada di UiTM dan signifikannya UiTM pada bangsa Melayu.

SELAMAT ULANGTAHUN UiTM.

1 comment:

red said...

Tapi ada sorang menteri besar tuu slumber jer ckp pelajar uitm = otak belacan...