December 08, 2008

Kacau Betoi....

Dari pukul 5.50 ptg tadi saya dan rakan tidak sabar untuk menuggu perlawanan Bolasepak yang melibatkan pasukan negara kita menentang Vietnam di Phuket, Thailand dalam kejohan piala aff suzuki dahulunya dikenali dengan nama piala tiger, Sambil kami bertemankan rendang,lemang dan 2 keping ketupat buatan ibu tersayang dilayani sambil menghirup secangkir kopi "o" dalm renyai hujan diluar amat mengujakan kami untuk menonton.Dalam beberapa minit selepas sepak mula vietnam telah mendapat gol pertama mereka diikuti oleh pasukan negara kita yang memakai jersi nike ala-ala skuad itali tahun 2000(euro 2000), kebiasaanya harimau malaya mengenakan adidas mungkin penaja baru kot.tepat pukul 7 .45 minit malam vietnam mengesahkan kemenangan mereka melalui gol ke tiga hasil jaringan tidak sengaja akibat kealpaan penjaga gol negara yang boleh dikatakan "out of position",Bayangkanlah betapa saya dan rakan kechewa(sengaja gunakan ayat lama melambangkan kechiwa yg teramat)akibat dari insiden begitu.KEPUTUSAN MALAYSIA 2 VIETNAM 3.Sukan yang saya mula-mula main ketika kanak-kanak ialah bolasepak hinggakan pernah terjadi pada berada diwaktu sekolah hari selasa wajib datang sekolah(bukan kaki ponteng terkadang aje)kerana pendidikan jasmani(PJ) cikgu sukan mesti bagi kita main bola kerana diapun kakibola, begitulah sukan ini amat popular pada kita dan semangat menyokong pasukan kebangsaan tetap tinggi namun kalaulah prestasi kita sering dalam berkadaran begini.......letih siut....

1 comment:

AloQStaQ said...

Semoga Sukan dinegara kita khususnya Bolasepak akan kembali kuat dan dihormati ... Kita hanya mampu berdoa, mereka yang mampu berusaha, Allah yang mampu melaksana segalanya ...

AloQStaQ
http://AloQStaQBlog.blogspot.com