February 15, 2009

MADRASAH HIDAYAH SEKSYEN 11, SHAH ALAM








Lewat Petang hari sabtu(14/02/2009), selepas terperap di "pondok halim" dari pagi disana baru teringat ada undangan dari seorang rakan di Shah Alam untuk menghadiri satu Forum yang dianjurkan oleh beberapa pemimpin diShah Alam bertempat di seksyen 6(Kawasan Perumahan).Rakan, Nazir Dalimi, Menanti di Seksyen 11 sambil dia sendiri menikmati kerang bakar (katanya dia tidak kerap makan kerang), Sejurus selepas itu saya pergi ke satu Madrasah yang saya pasti saya kerap kunjungi bila ada sahaja urusan di Shah Alam. Setelah menunaikan solat Maghrib, tergerak dihati saya untuk merakamkan apa yang terdapat didalam madrasah tersebut yang saya fikir antara sebab yang membuatkan saya pasti kesana untuk menunaikan solat tatkala berada di Shah Alam.Dalam bahasa yang begitu mudah, ruang solat yang begitu indah dan mencerap ketenangan didalam hati pengunjung disertai hiasan pada dinding yang berjubin unik (bagi saya) membuatkan saya terasa tenang damai berada didalamnya.Begitu juga dengan ruang wudhuk yang bersistematik dan bersih.Lantai diluar atau diruang masuk masjid berjubin hitam seolah-olah kita terasa "welcomed" bila kaki menjejakinya.Antara aspek kebersihan yang saya perincikan setiapa kali memasuki sesuatu tempat adalah tandas, apa yang saya dapati tandas di tempat ini, cukup bersih dan tiada kerosakan teknikal(banyak surau atau masjid mengalami masalah teknikal terutama didalam tandas).lantainya kering dan kemasan yang di lakukan juga seolah-olah kita berada seperti didalam tandas milik rumah kita.Saya terfikir kiranya disemua surau dan masjid dalam negara kita dapat mengambil contoh sebegini alangkah hebatnya surau-surau dan masjid kita...INSYAALLAH.
Nota: Rangkaian Gambar diambil melalui BLACKBERRY 8300.

No comments: