February 17, 2009

"Tiada galang ganti"


84 tahun yang lampau, lahirlah seorang bayi yang akhirnya menjadi seorang yang begitu berjasa kepada Agama, Bangsa Dan Tanahair kita yang tercinta ini.Dilahirkan dalam keaadan serba keadifan hinggalah membawa kepada asas perjuangan didalam msyarakat kemiskinan.Abdul Ghafar Baba, Nasionalis bangsa yang meninggalkan kita pada tanggal 23 April 2006 dan lahir pada tarikh hari ini 18 februari tahun 1925(84 tahun), didaerah Kuala Pilah.Anak Ke 6 dari 9 adik beradik ini terkenal kerana prinsip dan semangatnya keatas pembelaan nasib bangsanya.Arwah Pak Ghafar, jawatan terakhirnya dalam kabinet selaku Timbalan Perdana Menteri sehingga ke hari ini sukar untuk kita tandingi sikapnya selaku ahli politik mahupun sebagai seorang menteri.Bagi generasi yang lahir awal 80an, sudah tentunya persembahan penceritaan tentang Pak Ghafar hanya dapat kita baca berkisar tentang waktu beliau menjadi TPM Mp Tangga Batu( Kalau salah mohon diperbetulkan).Bgai genarasi terdahulu sebut sahaja pak ghafar pasti yangt terpancar dikotak fikiran mereka ialah wajah nasionalis yang perjuangannya membela nasib bangsa nya terutama taraf ekonomi.Dari pembacaan saya, arwah Pak Ghafar telah menolak beberapa kali anugerah gelaran yang ingin dikurniakan kepada beliauwalaupun pernah ditwarkan sendiri oleh bekas ketuanya Tun DR Mahathir Mohamaddengan gelaran TUN kerana katanya beliau selesa dengan gelaran Pak Ghafar sahaja walaupun kadangkala kedengaran mereka yang memanggil beliau dengan gelaran "cikgu".Kalaulah pengalaman dan dan ketokohan Pak Ghafar diceritakan mungkin dakwat pada pena saya akan kekeringan namun riwayat negarawan ini tidak akan dilanda kemarau.Pak Ghafar juga pernah bertugas selaku Ketua Menteri Melaka, Menteri Luar Bandar dan berpengalaman berkerja di kesemua era Perdana Menteri(saya kurang pasti bawah pentadbiran Tun Hussien Onn) dan kita juga tidak perlu lupa bahawa pak Ghafar juga berada dalam barisan ahli dewan rakyat Dato seri Abdullah, mewakili parlimen tangga batu(1999-2004).APA YANG TERLINTAS sebenarnya ingin menojolkan dalam penulisan ini adalah penghormatan dan penghargaan dengan mencatitkan serba ringkas kisah negarawan tanahair kita sambil mengingati tarikh kelahiran seorang yang begitu berjasa pada Agama , Bangsa dan Tanahair-AL fatihah.

6 comments:

a. ghani ismail said...

Terima kasih untuk sumbangan saudara ke arah mengenangkan seorang perwira bangsa.

Kehilangan Pak Ghafar, justeru, berkembali dalam hayat kita dengan penulisan seperti yang terhidang ini.

APPLE PIE said...

sdr a.ghani,
saya tidak mahu generasi pada waktu ini melupakan jasa-jasa pengasas bangsa kita.

donmny said...

TUAN/PUAN/CIK

Blog ini telah di'link'kan ke blog saya bagi perkongsian maklumat. Harap tak keberatan. T kasih

APPLE PIE said...

sdr donmy,
terima kasih.

Zawir Al-Hamidi said...

Saya berharap agar lebih ramai pemimpin-pemimpin politik tanah air akan mencontohi ketokohan Tun Ghafar Baba. Semoga politik tanah air akan bertambah baik di masa akan datang.

APPLE PIE said...

sdr zawir,
InsyaAllah dengan takdir Allah, mungkin semangat pada arwah pak ghafar dapat dikembalikan pada perwakilan UMNO march nanti bagi memilih yg terbaik