Showing posts with label buli. Show all posts
Showing posts with label buli. Show all posts

February 28, 2009

BULI.....APA LAGI HANTAR MASUK PENJARA LA...

Sebentar tadi, menyirap pulak darah saya tatkala tengok satu budak dipukul oleh 5 orang atau lebih disalah sebuah sekolah berasrama disarawak..buletin utama ada menyiarkan...lepas ni kita tak tahu samaada kes ni ada perkembangan atau tidak, saya menyarankan pihak kerajaan usah lagi berlembut dengan kaki buli disekolah /asrama ni yang sebenarnya berani pukul sambil pakai seluar dalam yang koyak tang "tutt" dan buli.mengikut laporan buletin utama, tayangan peristiwa tersebut ada dalam you tube..minta pihak berkuasa tangkap sahaja dan sumbat dalam penjara jangan berlembut lagi dengan kaki buli yang akhirnya nanti menjadi pembuli dan kaki pukul masyarakat bila dah terbiasa memukul/membuli.Apa akan jadi kalau peristiwa ini berlaku pada anak,adik,abang, kakak,anak penakan, suku sakat, sepupu,dua pupu,anak buah kita, bakal ipar kita senang cakap mereka yang kita sayangi dan kenali takkan kita nak senyum dan biarkan si "kaki buli biul" ni terlepas tidak terima kesan buruk dari perbuatan mereka."AKU ANTI KAKI BULI"