October 18, 2008

KES MURID KURANG AJAR


Malam tadi sempat menonton buletin utama yang menyiarkan tentang kes murid menampar guru di sebuah sekolah dalam kawasan kangar,Perlis.Melihat kepada perkara itu terlintas difikiran saya bahawa mengapakah dan haruskah sikap pelajar ini dibiarkan begitu sahaja atau mengenakan tindakan padanya adakah cukup memadai.Saya tahu setiap pada kita pastinya pernah dipukul atau dimarahi oleh guru disekolah namun tak terlintas pulak rasanya ingin bertindak lebih agresif padaguru tersebut kerana peranan seorang guru amat besar buat kita lebih-lebih lagi sekiranya guru itu perempuan.bila melihat perkara ini,teringat ketika di tingkatan 3 saya pernah ditampar oleh seorang guru akibat kesalahan yang dilakukan oleh orang lain.Sampai sekarang masih terasa desingnya telinga dek penangan guru tersebut, tetapi tidak pulak sampai ingin menampar guru itu balik kerana perasaan hormat dan diasuh oleh orang tua agar tidak bersikap kurang ajar atau terlebih ajar.Saya sebenarnya amat resah dan gelisah sejak akhir-akhir ini tatkala melihat anak-anak sekolah ini terutama mereka yang berumur 15-18 tahun berperangai seolah-olah 25 tahun keatas.Satu fenomena yang menarik perhatian saya ialah sekumpulan remaja sekolah pada pukul 7.25 pagi dengan pakaian seragam sekolah yang tidak dimasukkan kedalam secara selamba menghisap rokok ala-ala brad pitt atau aktor-aktor hollywood, Sakan sesangat.Mengapakah semua ini boleh berlaku, adakah berpunca dari rumah semata atau remaja zaman ini hilang arah fokus hidup mereka.

(sumber gambar: sarafi photostream)

No comments: