February 16, 2009

HUJAH - MALAM ESOK 9.3O PM.




Buat pertama kalinya, TV 9 dan rakyat Malaysia khususnya ahli pemuda UMNO diseluruh negara akan berpeluang melihat 3 personaliti yang menawarkan diri bertanding selaku Ketua Pemuda Umno Malaysia pada bulan March nanti duduk bersemuka dan akan ditanyakan soalan oleh moderator yang semakin dikenali kerana kelancaran dan ketajaman soalannya juga merupakan pensyarah sains politik di Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM), Bangi.Dari pembacaan saya, menurut artikel dari Mstar program ini bertujuan membincangkan hala tuju dan peranan UMNO itu sendiri.Dalam erti kata lain, saya tidak melihat program ini sebagai platform menonjolkan siapa yang lebih layak untuk mengemudi saf kepimpinan pemuda UMNO Malaysia kelak.Apa yang harus kita selaku ahli pemuda UMNO sedar ialah kesediaan ketiga-tiga calun/personaliti ini bersemuka dan bersetuju membincangkan mengenai agenda perjuangan bangsa dan hala tuju parti menujjukkan pertandingan dalam pemuda itu sendiri bersifat pertandingan antara adik beradik.Secara ringkas, Dato Mukhriz Mahathir dilahirkan pada november 1964 (45 tahun) merupakan seorang personaliti yang dkenali sebagai seorang yang kritikal pada sesuatu isu terutamanya sekolah satu aliran, isu gaza dan perubahan dalam UMNO itu sendiri.Seorang ahli perniagaan sebelum menceburi politik selepas persaraan ayandanya Tun Dr Mahathir(2003), menang selaku Exco pergerakan pemuda nombor 1 pada tahun 2004 dan seorang yang meminati bidang pembuatan(creativity), secara sedar atau tidak Dato Mukhriz sebenarnya seorang yang fasih berbahasa jepun kesan dari pengalaman melanjutkan pelajaran disana selama 5 tahun.Dalam satu rancangan Terbitan Astro Dato Mukhriz pernah mengatakan bahawa nyawanya hampir-hampir hilang ketika melakukan kerja amal di palestine sekitar tahun 2005.
Saudara Khairy Jamaluddin(KJ), personaliti yang petah dan lancar tatkala mengeluarkan lontaran hujah dan kata-kata, boleh dikatakan pendebat yang baik dan dikenali sebagi seorang yang mempunyai kelulusan dari salah sebuah Universiti terkemuka didunia.Dari segi kerjaya pula, Saudara KJ merupaka salah seorang penyampai di Ntv7 suatu waktu dahulu dan pernah popular dengan rancangan My Team ditv 3 suatu waktu dahulu.Saudara KJ, dilahirkan pada 10 januari 1976 (33 tahun)merupakan calun termuda bagi jawatan ketua pemuda ini.
Siapa yang tidak mengenali Dato seri Khir Toyo, Selama 8 tahun memikul tugas selaku Menteri Besar Selangor dari tahun 2000 hingga 2008, berusia muda satu tahun dari Dato Mukhriz Tun Mahathir dan tua 11 tahun dari Saudara KJ iaitu berusia 44 tahun.Cukup berpengalaman selaku Menteri Besar terutama dalam agendanya menjadikan Selangor maju 2010.
Jelas dan nyata bahawa ketiga-tiga personaliti ini memiliki kelebihan tersendiri dan seterusnya merupakan aset kepada UMNO itu sendiri.Apa yang uniknya ketiga-tiga mereka ini membawa suara rakyat baik di dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri dimana Dato Mukhriz dan Saudara KJ masing-masing mewakili Jerlun dan Rembau di dewan Rakyat manakala Dr Khir sebagi Adun Sungai Panjang.
UMNO tidak pernah ketinggalan mahupun kekurangan warga yang berbakat dan berpotensi.Platform yang ada pada program ini begitu berguna pada umum supaya masyarakat lebih mendengar perkara yang sebenarnya dari tuan tubuh sendiri berbanding mendengar dari sumber yang tidak sahih atau tanggapan negatif sesetengah pihak kepada ketiga-tiga personaliti ini.Jangan Lupa Hujan Malam Esok.......

7 comments:

azlishukri said...

boleh baca isu Mukhriz di gaza di blog saya.

APPLE PIE said...

Yes, saya baru membacanya.."actual happen".

azlishukri said...

saya dah link blog ini.

Cheguman said...

Jika kualiti pemimpin yang dikehendaki rakyat maka ketiga-tinya sudah melepasi syarat yang ditetapkan.

Namun saya lebih suka jika ketiga-tiganya berpakat dan memberi laluan pada salah seorang menjadi ketua sementara dua org lagi sama-sama membantu membina negara kita ini: win-win-win

Adakah terlalu mustahil? Orang yang hebat pasti tiadak akan mengatakan ianya musatahil.

APPLE PIE said...

sdr cheguman,
terima kasih kerana singgah di blog saya,bagus juga pandangan saudara, sefahaman saya dalam UMNO suara akar umbi dan penyokong sentiasa diambil kira sebelum sesuatu tindakan oleh pemimpin itu diambil, rasanya dalam pemuda telah lama tiada pertandingan dan didalam keaadan umno pada waktu ini yang sedang dalam proses rebranding sudah pastinya pemilihan adalah salah satu cara bagi melakukan pembaharuan."yang pasti kalau menang bukan menang semua, kalau kalah bukan hilang segalanya"

nazirul mubin said...

slm bro....perjuangan diteruskan

APPLE PIE said...

Salam sdr naz,
salam perjuangan dan salam berani berubah!!!!.(maaf ulasan sdr pada pernyataan kedua tidak dapat saya siarkan kerana prinsip saya dan etika blog ini)steady bro.