November 28, 2008

wujudkan satu maktab bahasa Inggeris

hari ini diruangan forum utusan malaysia telah ada individu yang mengulas mengenai kenyataan Prof Awang Sariyan berkenaan isu bahasa inggeris.Apa yang di nytakan oleh beliau telah diketahui dan dipersetujui bagi kebanyakkan masyarakat.Kenyataan beliau bahawa "Saintis-saintis seperti Jepun mahupun Korea juga bermula dengan bahasa Inggeris, mengkaji dan mempelajari serta memahaminya kemudian barulah dialih ke bahasa ibunda mereka. Tentunya Malaysia menerusi Dr. Mahathir ketika itu juga berpandangan dan bermatlamat seperti itu." menerusi kenyataab beliau ini, saya berpendapat adalah baik bagi kerajaan mewujudkan satu maktabb bahasa Inggeris yang skopnya bertujuan untuk melatih guru-guru dan pengajar sains dan matematik ini menguasai bahasa inggeris secukupnya dan mengalihkan apa yang dipelajarinya kedalam bahasa melayu mengikut teknik dan kaedah yang lebih berkesan seperti mana diajar dalam maktab tersebut.Dalam pada itu, kenyataan beliau yang berbunyi "Mereka jauh lebih bijak daripada kita dahulu. Era 80an-90an, kita begitu malu untuk berbahasa Inggeris sehingga kita begitu merasa merendah diri bila berhadapan dengan masyarakat yang fasih berbahasa Inggeris."merujuk kepada kemampuan pelajar luar bandar sudah boleh berbahasa inggeris, bagi saya ini betul tetapi menguasai bahasa inggeris dalam perbualan harian dan faham serta kuasai ilmu sains dan matematik yang diajar kepada mereka yang tidak menguasainya lagi bagaimana?jadi satu maktab bahasa inggeris perlu diwujudkan.

2 comments:

hans said...

entahlah...
saya menyokong apa yg Tun Dr Mahathir cuba bawakan nih...
tapi kadang2 dalam masa yang sama macam tidak adil pada budak2 dikawasan pedalaman sana...
ialah...bahasa melayu nya pun masih terkejar2...ditambah dengan bahasa inggeris...

jadi rasanya...kena tgok pencapaian sekolah kut..dan dalam masa yang sama didalam peperiksaan UPSR,PMR dan SPM buatlah kertas soalan dwibahasa(Melayu & English)

ini hanya pendapat sayalah!

APPLE PIE said...

salam Hans,
terima kasih kerana sudi memberikan pandangan.Tun tidak boleh kita nak nafikan sumbangannya pada agama , bangsa dan negara kita.pendapat anda baik sekali.