December 31, 2008
Sms yang begitu istimewa.
" The year has almost gone but made us strong.The path was long, but we walked with a song.There were fears n tears , but we also had a reasons for cheers.Wishing u Happy Sweet Memories of 2008 & have a great beginning for next year HAPPY NEW YEAR 2009"- Thanks ja...
Ya Allah Selamatkan Palestin.
December 22, 2008
ppsmi: Gapena Tunjuk Amaran.
December 20, 2008
Penentangan Orang Melayu terhadap Malayan Union
Penentangan Orang Melayu Terhadap Malayan Union
Bom atom yang digugurkan di Hiroshima pada 6 Ogos 1945 dan di Nagasaki pada 9 Ogos 1945, merupakan bibit-bibit akhir kekalahan pihak Jepun di tangan pihak Berikat yang di ketuai oleh Amerika Syarikat. Atas perintah Maharaja Hirohito, enam hari selepas kejadian tersebut, maka Jepun pun menyerah kalah. Semua askar-askarnya, diarahkan supaya berundur. Pada tanggal 12 September 1945 pihak Jepun telah menyerah kalah secara rasminya di Tanah Melayu dengan menandatangani perjanjian antara Itagaki dan Lord Louis Mountbatten, di Bangunan Perbandaran Singapura.
Rentetan peristiwa yang berlaku, penduduk tempatan mula memikirkan semula samada mereka perlu terus bergantung kepada kuasa-kuasa Barat untuk berlindung daripada sebarang ancaman luar, kerana telah terbukti pihak British telah gagal dalam mempertahankan Tanah Melayu serta melindungi rakyatnya semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu.
Sekembalinya British ke Tanah Melayu, selepas perang tamat, mereka telah menubuhkan satu pemerintahan peralihan bercorak ketenteraan, yang dikenali sebagai Pentadbiran Tentera British atau British Military Administration (BMA) pada bulan September 1945, dengan tujuan untuk memulihkan keamanan dan mengembalikan keyakinan rakyat kepada kerajaan yang telah terhakis. Pada ketika itu, pasukan Bintang Tiga, iaitu bekas kumpulan gerila Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA), yang dianggotai kebanyakannya orang Cina, telah cuba untuk menguasai Tanah Melayu dengan melakukan keganasan. Keadaan telah menjadikan beberapa kawasan di Tanah Melayu huru-hara, terutama sekali di Batu Pahat, Johor dan di Sungai Manik, Perak.
Dalam suasana yang tidak menentu ini, maka pihak British telah mengambil kesempatan memulakan rancangannya untuk menjajah Tanah Melayu dengan lebih serius.
Malayan Union
Sistem Kesatuan merupakan sebuah sistem pentadbiran negara. Dalam konteks di Tanah Melayu ini, ianya dikenali sebagai Malayan Union (Kesatuan Tanah Melayu). Sebenarnya, rancangan British untuk membentuk Malayan Union ini adalah sejak pihak Jepun menawan Singapura pada tahun 1942. Pihak British mendapati, antara faktor utama kekalahan Tanah Melayu kepada pihak Jepun adalah disebabkan oleh masalah penyelarasan antara ketiga-tiga sistem pentadbiran, iaitu Negeri-negeri Selat (Pulau Pinang, Melaka, dan Singapura), Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Perak, Selangor, Negeri Sembilan, dan Pahang), dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, dan Johor). Jadi, rancangan Malayan Union adalah untuk menyatukannya di bawah satu pentadbiran sahaja.
Sir Harold MacMichael telah diutuskan oleh kerajaan British ke Tanah Malayu. Beliau tiba pada 11 Oktober 1945 di Pelabuhan Swettenham (Pelabuhan Klang). Tugas utama beliau adalah untuk memujuk dan mendapatkan persetujuan Raja-Raja Melayu supaya menyerahkan negeri mereka kepada Raja Inggeris (Kerajaan British), untuk dijadikan Jajahan Takluk (Koloni) Britain. Beliau juga diberi kuasa untuk menyiasat sama ada Raja-raja Melayu ada bekerjasama dengan tentera Jepun atau sebaliknya. Kesannya, Raja-raja Melayu akan kehilangan kuasa dan berperanan hanya sebagai penasihat. Rancangan Malayan Union ini telah membuatkan orang-orang melayu khususnya berasa tidak senang, kecewa, dan marah kepada pihak British, yang selama ini disangkakan kawan, dan jalinan hubungan bersemangatkan kepercayaan, tetapi menjadi ‘duri dalam daging.’
Dalam masa tiga bulan sahaja, iaitu dari 20 Oktober hingga 21 Disember 1945, MacMichael telah berjaya mendapatkan tanda tangan sebagai tanda persetujuan daripada Raja-raja Melayu, terhadap perjanjian Malayan Union. Bermula dengan Sultan Ibrahim (Johor) dan diakhiri dengan Sultan Ismail (Terengganu), sembilan buah negeri kesemuanya. Beliau telah menggunakan kuasa yang diberikan kepadanya dengan mengugut Raja-raja Melayu, dengan memberi amaran jika baginda enggan menerima cadangan Malayan Union, baginda akan disingkirkan atas bersubahat dengan tentera Jepun.
Sir Harold MacMicheal telah pulang ke England pada 6 Januari 1946, membawa bersamanya ‘Kertas-kertas Penyerahan Kuasa’ yang ditanda tangani oleh sembilan Raja Melayu bagi setiap negeri. Pada 22 Januari 1946, Kerajaan British telah membentangkan satu ‘Kertas Putih’ di Dewan Parlimennya, mengumumkan rancangan penubuhan Malayan Union (Negara Malaya Bersatu) yang akan menggantikan pemerintahan beraja di Negeri-negeri Melayu, yang akan berkuat kuasa pada 1 April 1946 (Ja’afar Onn 2007).
Ciri-ciri Perlembagaan Malayan Union
Ciri terpenting dalam Perlembagaan Malayan Union ialah perubahan taraf negeri-negeri Melayu daripada sebuah negeri yang bernaung kepada tanah jajahan. Bermaksud, semua negeri di Tanah Melayu (Singapura dikecualikan, dan kekal sebagai tanah jajahan British secara berasingan) digabungkan di bawah satu kerajaan pusat sahaja. Malayan Union diketuai oleh seorang Gabenor yang dibantu oleh sebuah Majlis Mesyuarat Undangan (MMU) dan Majlis Kerja (MK). Pesuruhjaya Residen menjadi ketua pentadbir tertinggi di negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat. Beliau juga menjadi pengerusi Majlis Mesyuarat Negeri (MMN) yang terletak di bawah kawalan kerajaan pusat. MMN dikekalkan untuk menguruskan hal-ehwal tempatan dan dikawal oleh kerajaan pusat. Majlis ini dianggotai oleh para pegawai British. MMU pula mempunyai bilangan ahli rasmi dan ahli tidak rasmi yang sama banyak. Gabenor berkuasa melulus atau membatalkan sesuatu undang-undang. Semua undang-undang yang dikuat kuasakan tidak memerlukan tandatangan sultan (Ruslan Zainuddin et al. 2005).
Tanah Melayu mungkin akan diberi kemerdekaan, dan Malayan Union dianggap langkah pertama ke arah itu. Namun kemerdekaan tidak akan diberikan selagi kaum-kaum yang ada di Tanah Melayu tidak bersatu (Mohd. Isa Othman 2007). Jadi, hak kewarganegaraan yang sama diberikan kepada semua orang, tanpa mengira kaum dan asal keturunan, ianya termaktub dalam Perlembagaan Malayan Union. Semua kaum diberikan hak yang sama untuk memasuki perkhidmatan awam dan mengundi dalam pilihan raya. Jus soli merupakan satu prinsip yang diguna pakai untuk kaum bukan Melayu bagi mendapatkan hak kewarganegaraan, iaitu melalui kuat kuasa undang-undang dan permohonan.
Pastinya, orang-orang Melayu memberikan reaksi dan bantahan yang hebat terhadap rancangan Malayan Union itu. Beberapa siri perarakan dan tunjuk perasaan berlangsung di hampir seluruh negeri semenanjung sebagai tanda protes. Akhbar-akhbar Melayu seperti Majlis, Utusan Melayu dan Warta Negara juga menjadi saluran utama dalam menyampaikan mesej bantahan orang-orang Melayu. Selain itu, ada di antara Sultan yang menghantar petisyen bantahan kepada kerajaan British, yang mana baginda mempertikaikan cara MacMichael berunding dan mengugut, dan menganggap perjanjian yang telah ditandatangani baginda, adalah tidak sah. Seruan supaya umat Melayu bersatu padu semakin kuat kedengaran di seluruh Semenanjung.
Ruslan Zainuddin et al. (2005) menyatakan enam (6) sebab-sebab penentangan orang Melayu terhadap rancangan Malayan Union. Pertamanya, Perlembagaan Malayan Union digubal tanpa mengambil kira pandangan orang Melayu terlebih dahulu. Raja-raja Melayu diberi masa yang singkat untuk meneliti kandungan perjanjian Malayan Union. Baginda tidak berpeluang untuk berbincang dengan para pembesar atau Majlis Mesyuarat Negeri masing-masing.
Keduanya, Persetujuan Raja-raja Melayu kepada Malayan Union dianggap tidak sah kerana tidak mematuhi perlembagaan negeri-negeri Melayu yang memerlukan raja berunding dengan para pembesar terlebih dahulu sebelum menanda tangani sebarang perjanjian dengan kuasa asing. Perkara ini ada disebut dalam Perlembagaan Negeri Johor.
Ketiganya, Sir Harold MacMichael menggunakan ugutan untuk menyingkirkan mana-mana raja yang tidak bersetuju dengan rancangan Malayan Union. Beliau juga bersikap biadap, tidak mengetahui adat resam dan memahami bahasa Melayu serta tiada pengalaman langsung tentang Tanah Melayu.
Keempatnya, Malayan Union menghapuskan kedaulatan dan kuasa politik Raja-raja Melayu. Kini, kuasa baginda hanya terbatas kepada hal-ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja. Kehilangan kedaulatan dan kuasa politik bermakna raja-raja tidak lagi dapat melindungi hak dan kepentingan orang melayu.
Kelimanya, Perlembagaan Malayan Union menawarkan syarat-syarat kerakyatan yang longgar kepada kaum bukan Melayu. Penerimaan kaum bukan Melayu menjadi warga negara dilihat boleh mengancam kedudukan politik orang Melayu, terutama apabila kesetiaan kaum bukan Melayu kepada Tanah Melayu masih lagi diragui.
Keenamnya, Persamaan hak kepada semua rakyat di Tanah Melayu tanpa mengira kaum dianggap mengancam hak dan kedudukan istimewa orang Melayu. Sebagai penduduk peri bumi di Tanah Melayu, orang Melayu merasakan bahawa mereka perlu menikmati hak dan kedudukan yang istimewa berbanding dengan kaum lain.
Antara tokoh-tokoh penting yang menjadi tonggak utama sebagai pemimpin dalam menentang usaha Malayan Union ini adalah diwakili (Johor) Dato’ Onn Jaafar, Dato’ Abd. Rahman Mohd Yassin, Haji Hassan Yunus, Dr. Awang Hassan, dan Dr. Hamzah Hj. Taib. Sementara Selangor diwakili oleh Encik Zainal Abidin bin Ahmad (Za’aba) dan Dato’ Hamzah Abdullah. Kelantan pula diwakili oleh Dato’ Nik Ahmad Kamil. Manakala Kedah diwakili oleh Haji Mohamad Sheriff.
Namun lain pula reaksi orang bukan Melayu, terutamanya orang Cina. Mereka bersikap ‘tunggu dan lihat’ kerana pihak British telah berjanji untuk memberi hak kerakyatan yang sama kepada semua kaum secara jus soli.
Apabila sahaja pihak British menangguhkan perihal kewarganegaraan atas desakan orang Melayu, orang Cina mula melahirkan rasa curiga dan telah melancarkan bantahan melaui akhbar-akhbar Cina dan menganjurkan penubuhan Malayan Democratic Union (MDU), sebuah pertubuhan politik berhaluan kiri. Bantahan orang Cina ini dipusatkan melalui sebuah badan, iaitu All-Malayan Council of Joint Action (AMCJA) yang ditubuhkan pada bulan Disember 1946, yang mempunyai keahlian seramai kira-kira 400 000 orang dan diketuai oleh Tan Cheng Lock (Ruslan Zainuddin et al. 2005).
Bagi kaum India pada ketika itu, mereka masih memberi tumpuan kepada keadaan politik di India dan Parti Kongres India.
Kongres Melayu Se-Malaya dan Penubuhan UMNO
Maka, buat julung kalinya, pada 1 Mac 1946, Kongres Melayu Se-Malaya telah dapat dianjurkan di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur. Ja’afar Onn (2007) menjelaskan, hampir 300 orang wakil dan pemerhati rasmi dari 41 pertubuhan, persatuan, pergerakan, dan kesatuan Melayu di Semenanjung dan Singapura telah bersidang. Kongres Melayu pertama itu telah dirasmikan oleh DYMM Tuanku Sultan Hishamudin Alam Shah, Raja Selangor, sebagai tanda perpaduan Raja dengan Rakyat.
Hasil daripada persidangan kongres selama empat hari tersebut, Dato’ Onn Ja’afar telah dilantik sebagai Pengerusi Kongres. Beliau juga telah mencadangkan supaya membentuk sebuah ‘Pertubuhan Kebangsaan’ yang bertujuan untuk menjadi pertubuhan induk mewakili keseluruhan umat Melayu. Seorang perwakilan - Dato’ Hamzah Abdullah telah mencadangkan nama “Pertubuhan Melayu Bersatu”. Cadangan tersebut disokong oleh Tuan Mohd Arus Lafaz dan meminta ditambah perkataan “Kebangsaan”. Maka dengan itu, Kongres bersetuju dengan nama “Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu” (PEKEMBAR) atau sinonim dengan panggilan UMNO (Mohd. Isa Othman 2007).
Menurut Ruslan Zainuddin et al. (2005), Kongress Melayu Se-Malaya kedua telah diadakan di Johor pada 11 Mei 1946, meluluskan pembentukan UMNO yang diberi tugas untuk menyatukan orang Melayu bagi menentang Malayan Union. Sekali lagi, Dato’ Onn telah diberi mandat dan kepercayaan, beliau telah dipilih menjadi Yang Dipertua UMNO yang pertama.
Persekutuan Tanah Melayu
“Sekiranya Tuanku sekalian turut menghadiri upacara perlantikan Gabenor Malayan Union itu, rakyat Tuanku sekalian tidak akan mengaku Tuanku sebagai Raja lagi. Rakyat Melayu menganggap bahawa menghadiri majlis istiadat perlantikan Gabenor Malayan Union ialah seolah mengusung jenazah Umat Melayu.” (Ja’afar Onn 2007).
Petikan kata-kata di atas adalah kata-kata daripada Dato’ Onn kepada Baginda Raja-raja Melayu pada malam 31 Mac 1946, supaya tidak berangkat ke upacara perlantikan Sir Edward Gent, sebagai Gabenor Malayan Union yang dijadual berlangsung pada pagi 1 April 1946.
Akibat daripada tentangan hebat orang Melayu keseluruhannya, maka gagasan Malayan Union hanya mampu bertahan selama tiga bulan sahaja. Maka dengan itu, British bersetuju mengetepikan dasar Imperialismenya dengan memansuhkan Malayan Union, dan wujudlah satu rancangan baru iaitu Persekutuan Tanah Melayu.
Kerajaan British telah bersetuju untuk meminda kedudukan (status) Negeri-negeri Melayu daripada taraf ‘Tanah Jajahan Takluk’ kepada Wilayah di bawah ‘Naungan’ Kerajaan British. Perlembagaan Tanah Melayu akan mempunyai sifat persekutuan dengan perundangan dan pentadbiran pusat yang kuat untuk bertanggung jawab dalam urusan umum. Kuasa Negeri-negeri Melayu akan dipulihkan kepada Raja masing-masing dan ianya akan dinyatakan dengan jelas di dalam Perlembagaan Persekutuan. Malayan Union akan dihapuskan dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu. Sementara Jawatan Gabenor Malayan Union akan diganti dengan Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu. Bahasa Melayu akan menjadi bahasa rasmi Persekutuan Tanah Melayu. Agama Islam akan menjadi agama Utama Persekutuan Tanah Melayu dan hak-hak keistimewaan orang Melayu akan dipulihkan seperti sedia kala (Ja’afar Onn 2007).
Pada bulan Julai 1946, kerajaan British telah membentuk satu Jawatan Kuasa Kerja bertujuan untuk menggubal perlembagaan baru dan merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan Perjanjian Negeri-negeri. Jawatan Kuasa tersebut dianggotai oleh empat orang wakil Raja-raja Melayu, dua wakil UMNO dan enam orang pegawai kanan British.
Dalam pada itu, rancangan Persekutuan Tanah Melayu ini juga telah mengundang bantahan dengan melancarkan hartal (hurt all) oleh kaum Cina (terutamanya), yang dipimpin Tan Cheng Lock. Namun ianya gagal.
Perjanjian Persekutuan
Menurut Mohd. Isa Othman (2007), Perjanjian Persekutuan telah ditanda tangani oleh Sultan-sultan dengan British pada 21 Januari 1948 dan diisytiharkan dengan rasmi pada 1 Februari 1948. Ciri-ciri penting Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, 1948 adalah seperti berikut:
(a)Persekutuan mengandungi sembilan (9) buah negeri Melayu, Melaka dan Pulau Pinang. Singapura terus menjadi koloni British.
(b)Seorang Pesuruhjaya Tinggi British dilantik untuk mengetuai kerajaan dan menjadi pengerusi kepada Majlis Undangan Persekutuan dan Majlis Mesyuarat Kerja.
(c)Majlis Undangan Persekutuan dianggotai oleh tiga orang ahli ex-officio, sembilan orang Menteri Besar dan dua orang wakil Majlis Tempatan (Pulau Pinang dan Melaka), sebelas orang ahli rasmi dan lima puluh orang ahli tidak rasmi yang dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi.
(d)Sebuah Majlis Raja-raja Melayu dibentuk dan setiap kali persidangan akan dipengerusikan oleh salah seorang daripada Sultan yang dipilih oleh persidangan.
(e)Majlis Negeri ditubuhkan di tiap-tiap negeri bagi membuat undang-undang negeri. Pegawai eksekutif penting di peringkat negeri ialah Menteri Besar.
(f)Kedudukan istimewa orang Melayu terus dipelihara disamping kepentingan sah kaum-kaum lain juga dijaga.
(g)Dari segi kerakyatan, prinsip jus soli telah digugurkan dan diperkenalkan kewarganegaraan bersama. Dengan ini penduduk bukan bumiputera boleh menjadi rakyat Tanah Melayu mengikut undang-undang.
(h)Dalam hal pertahanan dan hal-ehwal luar akan dipegang oleh kerajaan British.
Perjanjian Persekutuan yang telah dimeterai di antara Baginda Raja-raja Melayu dengan British, maka bermulalah satu evolusi politik Tanah Melayu untuk melangkah ke arah pemerintahan sendiri, iaitu Kemerdekaan. Beberapa siri Pilihan Raya telah berjaya diadakan bagi memenuhi hasrat tersebut, bermula di Pulau Pinang pada Disember 1951, Kuala Lumpur pada Februari 1952, dan seterusnya Pilihan Raya Umum yang pertama iaitu pada 27 Julai 1955. Walaupun pada hakikatnya, orang-orang Melayu terpaksa membuat pengorbanan besar dengan bersetuju memberi kerakyatan kepada kaum imigran, namun, selagi mana kuasa dan kedaulatan Raja-raja Melayu serta kedudukan orang Melayu, selain bahasa dan agamanya dapat dipelihara dan diakui oleh semua pihak, ianya amat memadai bagi mereka yang bergelar Melayu.
"Buat tatapan keluarga besar Melayu seluruhnya. Sebuah cebisan nukilan tulisan, supaya kita tetap bersatu dan berdiri teguh, tanpa dibezakan dengan fahaman politik." Nazir Dalimi, 2008.
Nota:
Sebarang kesilapan fakta yang boleh menyebabkan kekeliruan atau perbalahan, saya memohon maaf dan mengalu-alukan sebarang komen yang membina untuk menambah baik penulisan saya ini. Terima kasih.
RUJUKAN
1. Ja’afar Onn. 2007. UMNO dan Malayan Union. Petaling Jaya: MPH Group Publishing.
2. Ruslan Zainuddin, Mohd. Mahadee Ismail & Zaini Othman. 2005. Kenegaraan Malaysia. Shah Alam: Oxford Fajar.
3. Mohd. Isa Othman. 2007. Sejarah Malaysia (1800-1963). Cetak Ulang. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors.
4. Ismail Salleh. 2002. Penentangan Orang Melayu Keday Terhadap Malayan Union. Kedah: Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah di http://www.mykedah2.com/10heritage/109_2.
selama 12 hari......
Disini berita tersebut disiarkan.
December 08, 2008
Kacau Betoi....
Selamat Hari Raya Aidiladha
December 07, 2008
Kejadian Tanah Runtuh.
December 02, 2008
Harga Minyak Minyak Turun Lagi.
Berkuatkuasa esok(3/12/2008) insyaAllah harga minyak akan turun lagi.Ini menujjukan bahawa harga minyak sebenarnya mengikut harga pasaran dunia dan kerajaan dalam perancagan untuk mengadakan satu ketetapan harga berkaitan harga minyak ini.Mengikut laporan dari utusan online harga baru minyak ialah Rm 1.80 sen seliter bagi petrol dan diesel.Berkaitan dengan rungutan orang ramai berhubung harga barang keperluan harian Menteri yang berkenaan ada mengulas mengenai perkara tersebut didalam mstar online, antara lain beliau menyebut "Mengenai rungutan pengguna berkaitan kedegilan peniaga menurunkan harga barang-barang walaupun harga minyak turun, beliau berkata pada masa sekarang peniaga khasnya yang menjual barang yang dikilangkan tidak dapat berbuat demikian.
"Mereka tidak dapat menurunkan harga barang yang dikilangkan pada masa sekarang kerana harga barangan terbabit adalah berasaskan harga tempahan sebelum pengumuman penurunan harga minyak," katanya.
Para peniaga, bagaimanapun memberi jaminan bahawa barang-barang yang dikilangkan akan lebih murah pada suku pertama tahun depan.
Katanya harga makanan di kedai-kedai makan masih mahal kerana harga ditentukan oleh permintaan yang tinggi.
"Pengguna masih lagi membeli makanan di kedai-kedai makan walaupun peniaga mengenakan harga yang tinggi," katanya.BERNAMA.
December 01, 2008
wujudkan satu sistem pendidikan satu aliran,Kata Dato Mukhriz
Mukhriz: Wujudkan sistem pendidikan satu aliran pupuk integrasi kaum
Oleh ZANARIAH ABD. MUTALIB
KUALA LUMPUR: Calon Ketua Pemuda Umno, Datuk Mukhriz Mahathir mencadangkan supaya diwujudkan satu sistem pendidikan yang menggabungkan semua sekolah bagi mengelakkan polarisasi kaum di negara ini.
"Satu cara terbaik untuk menyatukanpadukan rakyat adalah di peringkat sekolah.
"Mungkin boleh dipertimbangkan satu sistem pendidikan di mana semua sekolah diserapkan di bawah satu sistem iaitu sistem pendidikan Malaysia yang menggunakan bahasa Malaysia sebagai perantaraan kecuali bagi subjek Sains dan Matematik.
"Inilah cara terbaik merealisasikan aspirasi negara untuk mewujudkan perpaduan yang bermakna antara kaum," katanya di lobi Parlimen di sini, hari ini.
Mukhriz berkata, sistem tersebut adalah berlainan dengan Sekolah Wawasan yang pernah dilaksanakan sebelum ini kerana sistem pendidikan Malaysia melibatkan konsep penggunaan satu bahasa oleh semua kaum.
"Di bawah sistem ini, bagi pelajar kaum Cina dan India, mereka mungkin diwajibkan mengambil subjek bahasa kaum masing-masing tetapi pelajar Melayu turut diberi pilihan untuk mempelajari kedua-dua bahasa tersebut.
"Kita turut galakkan bahawa anak-anak kita ini menguasai sekurang-kurangnya tiga bahasa. Dengan cara ini, semua pihak dapat meneruskan budaya masing-masing di bawah satu sistem kebangsaan," kata Ahli Parlimen Jerlun ini.
Beliau berkata, sudah sampai masanya, negara mengamalkan sistem pendidikan sedemikian memandangkan Malaysia adalah sebilangan kecil negara di dunia ini yang mempunyai pelbagai sistem pendidikan.
Ditanya sama ada sistem ini akan dipolitikkan termasuk daripada pemimpin Cina dan India yang mungkin menganggap ia sebagai ancaman, Mukhriz berkata, jika ini berlaku, mereka juga perlu berhenti bercakap tentang ketuanan Melayu kerana ia hanya akan menimbulkan reaksi negatif daripada kaum Melayu.
Dalam pada itu, beliau meminta pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) berhenti daripada mempesoalkan tentang ketuanan Melayu kerana ia hanya akan menjejaskan hubungan parti-parti komponen.
Kata beliau, kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh beberapa pemimpin parti komponen berhubung isu yang dibangkitkan oleh Timbalan Presiden MCA, Daruk Seri Dr. Chua Soi Lek itu adalah tidak sihat.
"Sebenarnya, kita harus beri penekanan dan tumpunan untuk memperkukuh BN dan seperti yang saya pernah kata sebelum ini, sebarang kenyataan yang mampu menjejaskan hubungan antara parti komponen perlu dielak walaupun di musim pemilihan parti masing-masing.
"Tapi masih ada kenyataan yang dikeluarkan oleh MCA, terbaru oleh PPP dan sebelum ini, Gerakan yang menyentuh hati orang-orang Melayu khususnya ahli-ahli Umno," katanya.
Mukhriz berkata, polemik seperti isu ini harus dielakkan kerana dibimbangi timbul pula reaksi balas yang mungkin mempertikaikan ketuanan ekonomi oleh kaum-kaum lain selepas ini.
Beliau berkata, istilah ketuanan Melayu tidak perlu diperdebatkan kerana tiada definisi yang jelas tentang istilah itu dan setakat ini, sistem yang diamalkan dalam negara adalah baik yang menguntungkan semua pihak di mana negara mempunyai kestabilan ekonomi, politik dan berdaya saing.
Katanya, istilah ketuanan Melayu tidak membawa maksud kaum Melayu adalah tuan dan bangsa lain sebagai hamba.
"Saya tertarik dengan kenyataan Menteri Besar Pahang sebelum ini yang mengatakan ketuanan Melayu itu adalah mengenai kedaulatan Raja-Raja Melayu dan sebab itulah kita memanggil 'Tuanku' dan ini dipraktikkan oleh semua bangsa, bukan hanya Melayu. Dari situlah istilah ketuanan Melayu muncul," katanya.
Dato Mukhriz Di Astro Awani.
November 30, 2008
tahun 2003
Serangan Mumbai.
November 28, 2008
Al-Fatihah buat Allahyarham Dato Razali Ismail
wujudkan satu maktab bahasa Inggeris
November 27, 2008
Yoga ......
Martabatkan Bahasa Melayu Didalam PPSMI.
November 22, 2008
mungkir bahagia....

Pagi tadi, masa dalam perjalanan menuju ke bangi sempat mendengar lagu dari nyanyian penyanyi hazami bertajuk "mungkir bahagia".Lagu ini terkenal sekitar tahun 2007, pada saya industri muzik tanahair menampakkan sinar pada tahun tersebut kerana banyak lagu -lagu yang berkualiti dilahirkan dan mampu bersaing dengan irama sengau-sengau penyanyi dari seberang.Lirik lagu 'Mungkir Bahagia" agak menarik walaupun saya bukan seorang yang suka menaakul lirik sesuatu lagu terutama yang jarang saya dengar.Selepas dari berkumandangnya lagu tersebut secara perlahan-perlahan(dalam kereta sambil memandu)saya cuba mengingati semula lirik lagu tersebut walaupun tongggang terbalik.....naik syok pulak sehinggalah sampai ke destinasi tujuan, sy masih menyanyi kecil dan berjalan keluar dari kereta..........."Sayang ku mungkir pada kejujuranmu"wah suara siapa pulak yang menyanyi pagi2 ni .suara ni datangnya dari arah satu taman yang dipenuhi lanskap yang indah....saya pergi mendekati suara tersebut.......oh tidak!!!!! satu mamat indon tgh layan perasaaan sambil tunggu rakan sekerja datang untuk menyelesaiakan kerja membina siar kaki di taman tersebut, saya hanya mampu senyum dan meneruskan perjalanan...
November 21, 2008
Dato Mukhriz Pandai Berbahasa Jepun.

Sebentar tadi, sempat membaca blog seorang blogger azli shukri/ azlishukri.blogspot.com. Anak muda yang berbakat hebat dan mepunyai pengetahuan luas ini telah mewawancara Dato Mukhriz Mahathir di Parlimen Malaysia berkenaan dengan pelbagai hal dan isu. Saya tertarik dengan penerangan beliau bahawa Dato Mukhriz ini mempunyai kebolehan untuk bertutur dalam bahasa Jepun kesan dari pendidikan yang beliau dapati di negara matahari terbit tersebut.Hebat tu Dato, bukan senang kita nak menguasai bahasa asing sekiranya tiada kesungguhan dalam mendalaminnya.Steadylah DATO!.
November 19, 2008
Khatijah Ibrahim Bakat Hebat.
November 16, 2008
songkok,sampin,songket dan baju melayu
Baju melayu dan songkok tidak dapat dipisahkan...apa rupa kita tatkala memakai baju melayu tanpa songkok atau baju melayu dan berseluar jeans(saya cukup tak gemar).sejak bulan raya dan musim mesyuarat umno bahagian saya perhatikan seperti ada satu keistimewaan dan gaya tersendiri tatkala kita memakai baju melayu sepasang lengkap dengan songkok ditemani sampin atau songket.Bagi saya, samaada kolar cekak musang (butang 5) atau kolar nehru dan mandarin ala DATO MUKHRIZ (butang 3)dan kolar gaya johor (teluk belanga) pastinya sipemakai akan tampil bergaya.Saya percaya walaupun bilangan mungkin tidak ramai pasti ada mereka yang berminat untuk mengikuti perkembagan baju melayu ini dan songkok.Apabila munculnya syawal tempat seperti Wisma yakin di kuala Lumpur atau Pekan Rabu di Alor Setar pasti jadi tumpuan orang ramai unutk mencari baju melayu dan songkok. Songkok, pastinya pilihan saya harus datang dari Alor Setar 'songkok style tun' yang hanya terdapat di kedai sardi dahar tingkat 2 pasar pekan rabu kalau tidak silap saya.Apa yang menarik songkok ini selain dipakai oleh mantan Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir, ia ringan dan bentuk tirus yang tajam tatkala memakainya, nampak kemas.Harganya berpatutan sekitar Rm85.00 hingga Rm90.00.Baju melayu pastinya dari deretan kedai di wisma yakin, kemas dan rapi jahitannya.Saya percaya andai kita dapat mempelbagaikan kepengunaan baju melayu ini supaya tidak terhad kepada hari raya dan majlis -majlis tertentu saja pengunaannya akan lebih popular kerana bagi saya pengasas bangsa kita dan negara ini juga memakainya secara tidak langsung dapat membantu menaikkan perniagaan mereka yang bergiat dididalam aktiviti perniagaan ini.
UPSR DAN BAHASA INGGERIS
October 31, 2008
BLOG DAN FUNGSI
October 23, 2008
Sejarah perlu Diutamakan.
Pelajaran sejarah yang diajar disekolah kita dewasa ini seperti diajar untuk lulus didalam peperiksaan sahaja.kelab sejarah yang diwujudkan disekolah seperti tidak menampakkan apa-apa kesan terutama kepada pelajar yang masuk ke kelab tersebut.Saya seorang yang suka mengetahui tentang sesuatu sejarah itu berlaku kerana melalui pengetahuan kita berkenaan sejarah tersebut dapatlah kita menginsafi dan mengerti lebih dalam hal dalam sejarah tersebut.sejarah telah mencatitkan bahawa bumi palestin telah dijajah oleh yahudi,Sejarah juga menyatakan mustafa kamal antartuk bapa sekularisme turki disaat-saat habis riwayatnya melalui proses kematian yang amat dashyat,Sejarah juga telah merekodkan tentang beribu nyawa yang terkorban ketika menyiapkan tembok besar china,Tidak dapat tidak sejarah juga telah mencatatkan bagaimana pejuang-pejuang bangsa kita telah dan akan memperjuangkan dan mempertahankan kemerdekaan bumi bertuah ini.
Akhir-akhir ini,sejarah agak sunyi di pandangan kita,mengapa perkara sebegini berlaku apakah kita dihambat oleh kemodenan? apakah kita tidak relevan bila memperkatakan tentang sejarah?atau kita sengaja mahu melupakannya?apakah kita sedar bahawa pihak kerajaan baru-baru ini telah merasmikan sebuah bangunan yang dinamakan wisma sejarah terletak di Kuala Lumpur.
Petang kelmarin sempat berbual dengan seorang teman sambil ditemani secawan kopi o disebuah warung ditengah pekan awal negeri perak lantas saya bertanya mengapakah sejarah dilupai,MUDAH DAN RINGAN JAWAPANNYA oleh teman saya........"MALEH NAK PIKIR"
saya sambung semula minum kopi o bersama dengannya(teman tadi minum teh tarik dan ditemani cigar kelas rendah "rokok gulung"),teman tadi lebih meminati untuk bercerita tentang sukan kegemarannya bola sepak dan pasukan impiannya M.U.
Kesimpulan dari cerita sejarah ini,satu usaha haruslah dibuat bagi kita menjadikan sejarah sebagai satu budaya pengetahuan dalam masyarakat kita berkembang sejajar dengan kepesatan kemajuan minda yang kita capai buat waktu ini.Usaha ini harus bermula dari peringkat persekolahan hingga ke universiti kerana kita tidak mahu menjadi bangsa yang buta pada sejarah.
October 22, 2008
Dato Seri Shahrizat Melepasi Kouta Pencalonan
P/S: Penulis masih mengingati bagaimana lantangnya suara Ds Rafidah/Kak Pidah membidas dan menyelar s/u luar Amerika madeleine albright tahun 1998.
October 21, 2008
Sekitar Mesyuarat Pemuda Hulu Selangor,Ahad 19 okt 2008
Kehadiran :450 orang.
(Doa dari Raja Idris, Pemuda Harapan Batang Kali)
Mesyuarat Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor
Mesyuarat pergerakan pemuda Umno Hulu Selangor telah berjalan dengan lancar dan sempurna,Alhamdulilah.Walaupun ada pertandingan dalam mesyuarat pada kali ini kesemua calun telah menujjukkan tahap kematangan berpolitik yang tinggi dan professional.Apa yang membanggakan pada tahun ini ialah jumlah kehadiran perwakilan yang menghadiri mesyuarat Pemuda meningkat dati tahun sebelumnya,mungkinkah ini perwakilan mula merasa aura "BERANI BERUBAH".Doa saya pada Allah SWT agar perjuangan Pemuda UMNO bahagian Hulu Selangor sentiasa dalam keberkatannya dan minta dijauhkan dari tidak mengikuti landasan perjuangan yang sebenar.
October 20, 2008
Pemuda Umno Harus Berani Berubah
1) PERTAMA sekali, Bolehkah digubal semula satu akta didalam perlembagaan Umno dimana setiap exco pergerakan pemuda diperingkat kebangsaan di pilih secara undian setiap 2 tahun sekali,Tetapi sekiranya mutu perkhidmatan mereka baik dan berkualiti Ketua Pemuda mempunyai kuasa untuk tidak atau mengadakan pengundian tersebut.
2)KEDUA, diwujudkan satu jawatankuasa pemantau yang terdiri dari mereka dari pelbagai latarbelakang dan disertai akar umbi untuk menilai dan memantau perkembagan didalam pemuda itu sendiri.
3)KETIGAnya,Mengkaji semula program dan bentuk kempen mengikut perkembangan semasa dan isu semasa.Tidak salah kalau saya katakan ada sesetengan program pemuda baik bahgaian dan cawagan tidak mampu menarik perhatian dan tarikan pada golongan muda.
Ini mungkin sebahagian saja pandangan yang mungkin tidak bagus tapi saya puas dapat melontarkan idea peribadi buat pergerakan yang saya rasa masih relevan dan berkesinambungan.
October 18, 2008
CEBISAN DARI BUKIT TINGGI ,PADANG.
Dalam kelam malam, saya tidak mampu melelapkan mata kerana memikirkan sesuatu perkara yang terjadi siang tadi membawa hingga ke tempat istirehat saya.Saya cuba merayau dalam blog-blog yang saya minati dan saya mendapat idea bahawa apalah salahnya saya berkongsi satu panorama indah yang saya alami ketika mengujungi bumi minagkabau iaitu padang.Saya pergi sekita awal 2006, apa yang saya amati ialah padang merupakan sebuah wilayah didalam indonesia yang mempunyai sebuah tempat yang cukup menarik iaitu Bukit Tinggi.Bukit Tinggi bagi saya merupakan satu daerah yang masih "segar dan tenang"dilihat pada mata dan nyaman untuk kita merasainya.Diatas merupakan sebahagian gambar-gambar yang menjadi satu kenangan pada saya lebih-lebih lagi segala tempat yang dilawati segalanya terdapat dalam lagu nyayain Elly Kassim,Sharifah Aini,Oslan Hussien Dan Kak Nita.....Ayam Den Lapeh..
GO DATO!!!!!!!!!

KES MURID KURANG AJAR

Malam tadi sempat menonton buletin utama yang menyiarkan tentang kes murid menampar guru di sebuah sekolah dalam kawasan kangar,Perlis.Melihat kepada perkara itu terlintas difikiran saya bahawa mengapakah dan haruskah sikap pelajar ini dibiarkan begitu sahaja atau mengenakan tindakan padanya adakah cukup memadai.Saya tahu setiap pada kita pastinya pernah dipukul atau dimarahi oleh guru disekolah namun tak terlintas pulak rasanya ingin bertindak lebih agresif padaguru tersebut kerana peranan seorang guru amat besar buat kita lebih-lebih lagi sekiranya guru itu perempuan.bila melihat perkara ini,teringat ketika di tingkatan 3 saya pernah ditampar oleh seorang guru akibat kesalahan yang dilakukan oleh orang lain.Sampai sekarang masih terasa desingnya telinga dek penangan guru tersebut, tetapi tidak pulak sampai ingin menampar guru itu balik kerana perasaan hormat dan diasuh oleh orang tua agar tidak bersikap kurang ajar atau terlebih ajar.Saya sebenarnya amat resah dan gelisah sejak akhir-akhir ini tatkala melihat anak-anak sekolah ini terutama mereka yang berumur 15-18 tahun berperangai seolah-olah 25 tahun keatas.Satu fenomena yang menarik perhatian saya ialah sekumpulan remaja sekolah pada pukul 7.25 pagi dengan pakaian seragam sekolah yang tidak dimasukkan kedalam secara selamba menghisap rokok ala-ala brad pitt atau aktor-aktor hollywood, Sakan sesangat.Mengapakah semua ini boleh berlaku, adakah berpunca dari rumah semata atau remaja zaman ini hilang arah fokus hidup mereka.
(sumber gambar: sarafi photostream)
October 12, 2008
Saya Kembali
August 26, 2008
Uitm Genap 9(Sembilan) Tahun

August 23, 2008
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!


August 18, 2008
August 16, 2008
Tahniah En Chong Wei

BUKU DAN RUAS.
August 06, 2008
July 18, 2008
CHELSEA,DNA,KOUTA BUMIPUTERA
DNA pula ayat yang selalu saya tonton setiap kali tengok cerita csi sampaikan kekadang terasa saya pulak yang jadi hero drama tersebut.DNA bermaksud ASID DEOKSIRIBO-NUKLEIK..berbelit jugak lidah menyebutnya.sefahaman saya DNA ini adalah sesuatu kaedah yang biasanya dijalankan oleh sekumpulan ahli forensik dan ahli didalam bidang tersebut.
KOUTA BUMIPUTERA pula menjadi tajuk pertikaman lidah diantara ahli parlimen semalam,dari sudut pandangan saya jika sesuatu itu bagus kenapa perlu diubah atau dalam bahasa mudahnya kita haruslah patuh pada perlembagaan negara.....
July 16, 2008
Senyumlah Kuala Lumpur
July 15, 2008
FILEM ABANG
TERIMA KASIH.....
TERIMA KASIH
Kita biasa mendengar ayat ini tetapi pada ketika ini pengunaan ayat ini kurang digunakan bukanya susah, sebut saja " terima kasih encik"."terima kasih Puan","terima kasih abang","terima kasih akak"bak kata satu iklan yang biasa kita dengar dalam radio "kalau sebut bukan kena bayar pun".Dewasa ini, untuk memberi ucapan terima kasih amat sukar terutama kedai-kedai makan (bukan semua) terutama orang "kita" yang terkenal sebagai tinggi santun dan budi bahasanya.Pernah terjadi pada seorang rakan saya, Satu restoran melayu masak nasi mentah dan rakan saya beritahu bahawa nasi ini mentah selamba betul muka towkey kedai tersebut tak cakap minta maaf ke,im sorry ke mustahilah nak mengaku kesilapan.